Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

“Hati Saya Terguris!” DSV Nekad Saman Diva AA

by Khai Azfar
February 20, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebentar tadi menerusi sidang media khas yang diadakan, usahawan terkenal, Dato Seri Vida (DSV) bertegas dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Vida Sebak 

Dalam sidang media itu, Vida turut mengalirkan air mata selepas menunjukkan sedutan video liputan media mengena insiden yang menimpa dua anak lelakinya yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran lapan tahun lalu. Tegas Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tujuan dia terpaksa menunjukkan kembali sedutan liputan tersebut adalah kerana ingin menunjukkan pada orang ramai khususnya Diva AA bahawa anak-anaknya meninggal dunia bukanlah terlalu tragis(rentung) seperti didakwa oleh selebriti itu.

Teruskan Saman Malu 

Ekoran itu, biarpun Diva AA sudah memohon maaf pada minggu lalu secara terbuka namun bagi Vida permohonan maaf tersebut seperti dipermainkan dan turut diperakui oleh peguam yang dilantik oleh usahawan itu, Adnan Seman. Justeru itu, Vida akan meneruskan saman malu terhadap Diva AA.

“Saya akan teruskan saman terhadap Azwan biarpun dia sudah buat permohonan maaf. Kalau anda lihat permohonan maaf itu, dia buat dalam nada tiada kekesalan.

“Bukan saya nak panjang-panjangkan cerita tapi perkara ini telah merobek hati saya, hati saya terguris apabila dia mempermainkan soal kematian dua anak lelaki saya sebelum ini.

“Saya tak boleh nak hadap perkara ini sebab saya tak boleh nak dapatkan mereka (allahyarham anak) kembali. Sekarang pemergian mengejut mereka dibuat main pula,”

Vida Ada Hak Teruskan Saman – Peguam 

Menurut Adnan, permohonan maaf tersebut dibuat secara tanpa sepenuhnya (prejudis) dan anak guamnya mempunyai hak untuk meneruskan tuntutan tersebut.

“Bagi pihak anak guam, saya akan menfailkan tuntutan saman pada Isnin atau Selasa ini di Mahkamah Shah Alam.

“Mahkamah yang akan tentukan nilai ganti rugi am bergantung kepada reputasi plaintif (DSV).

“Prinsip saman diteruskan bukan bertujuan untuk dapatkan wang sebaliknya saman untuk dapatkan kembali reputasi anak guam saya yang telah dicalarkan,” katanya kepada Murai ketika ditemui pada majlis sidang media Datuk Seri Vida Saman Malu Terhadap Azwan Ali yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu,Vida menuntut permohonan maaf daripada Diva AA dalam tempoh masa 48 jam.Tuntutan tersebut dibuat Vida selepas terkilan dan sedih atas penghinaan yang dilakukan oleh Diva AA sebelum ini terhadap perniagaan dan juga kematian dua anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..
dsvvida
https://lomp.at/ybit2
Share22Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Neelofa Tekan Kuasa Teknologi, Fidyah Kini Lebih Mudah Dengan TheNoor & ikhlas.com

by Phic ARMAN
February 12, 2026

Nama Neelofa sekali lagi jadi perhatian apabila beliau menegaskan komitmen TheNoor dalam membantu umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah...

Read moreDetails
Insentif

Permata Makmur Pahang 2026: Bayi Dapat RM300, 5 Perkara Penting Ini Perlu Tahu Sebelum Mohon

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Jika anda memgenag status sebagai ibu bapa di Pahang dan baru sahaja menyambut kelahiran anak, pastinya tidak mahu melepaskan peluang...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore