• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

‘Hero Malaya’ Baharu? Ini 5 Watak Hero Pernah Dilakonkan Hairul Azreen

by Khai Azfar
May 3, 2019
Share on Facebook

Nama-nama besar seperti Faizal Hussein, Datuk Rosyam Nor dan Dato Aaron Aziz merupakan pelakon lelaki tempatan yang cukup disegani ramai kerana kebolehan mereka yang cukup pelbagai terutamanya melibatkan filem-filem aksi. Tidak hairanlah figura-figura ini digelar Hero Malaya mengikut zaman mereka kerana lagak mereka sememangnya layak digelar sedemikian.

5 watak ‘hero’ Hairul Azreen!

Namun itu dahulu, siapakah hero Malaya terkini yang mendapat tempat dikalangan peminat dan juga para pengarah? Kami namakan pelakon verstail, Hairul Azreen sebagai Hero Malaya Baharu. Ketepikan segala kontroversi yang ada kerana berdasarkan beberapa temubual kami bersama suami kepada Hanis Zalikha ini, kami percaya dia begitu komited dengan setiap watak yang diberikan kepadanya. Malah jika anda begitu mengikuti perkembangan Hairul, hampir semua watak lasak dan anggota beruniform pernah dilakonkannya. Berikut kami tampilkan 5 watak ‘hero’ Hairul Azreen!

‘Ahli Silat’

Sebelum ‘menerima’ kebanyakan filem aksi lain, Hairul terlebih dahulu diberi peluang untuk menjadi pelakon utama dalam filem arahan Fauzi Nawawi yang berjudul Pak Pong. Memegang watak sebagai Muda, biarpun filem ini kurang mendapat sambutan namun aksi seni mempertahankan diri seperti Silat yang ditonjolkan Hairul menerusi Pak Pong harus diberikan pujian.

Anggota PASKAL

Filem ini benar-benar menaikkan nama Hairul! Kami yang pernah menonton filem ini perlu akui watak yang diberikan kepada Hairul sebagai skuad elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menonjolkan keupayaan sebenar Hairul. Malah siapa sangka, segala rutin yang dilihat dalam filem ini berjaya membuka persepsi positif dan kesedaran kepada orang ramai.

Anggota Bomba

‘Muka hero’! Hairul turut diberikan mandat untuk memegang watak sebagai anggota Bomba. Meskipun filem ini terdapat beberapa kontroversi yang menimpa, tetapi bagi Hairul dia sendiri sudah ‘merasai’ menjadi ahli bomba bukan? So whats next ?

Anggota Polis

Biarpun hanya sebagai pelakon pembantu, namun penonton ternyata berpuas hati dengan aksi Hairul yang memegang watak Zul di dalam filem Polis Evo 2. Sememangnya filem aksi dan Hairul bagai tidak dapat dipisahkan!

Ahli Tinju

Tidak dapat dipastikan kesahihan watak Hairul di dalam filem terbaharu akan datang, Wira. Dari pengarah Paskal, Adrian Teh sekali lagi memberikan mandat watak utama kepada Hairul untuk menjayakan filem ini. Namun berdasarkan ‘teaser’ yang diberi kelihatan Hairul sedang giat membuat latihan seni tinju untuk filem Wira. Apakah watak Hairul di dalam filem ini? Nantikan!

Hairul Azreen
https://lomp.at/0qwhe
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore