Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Hero Remaja: Azri Khair Tumpang Tuah Wajah Iras Dingdong Dantes

by Khai Azfar
February 14, 2020
Share on Facebook

12 Finalis Hero Remaja 2020 telah pun diumumkan yang mana edisi kali ini akan bersiaran bermula pada 27 Februari ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Wajah Iras Dingdong Dantes 

Dalam pengumuman yang diadakan baru-baru ini, antara yang menarik perhatian adalah salah seorang finalis yang mempunyai wajah seiras pelakon Filipina terkenal, Dingdong Dantes. Mendekati Mohammad Azri Abdul Khair,24 atau lebih mesra disapa sebagai Azri dia tidak menolak bahawa ‘keunikan’ tersebut membantu menaikkan namanya apatah lagi menerusi program realiti ini.

Dedah Azri yang juga fasih berbahasa Arab, ramai yang mengatakan bahawa dia mempunyai wajah iras Dingdong apatah lagi kenalan dan pensyarah di universiti. Tidak melatah dengan gurauan tersebut,sebaliknya Azri bersyukur dan terhibur mengenainya.

“Saya okay sahaja sekiranya orang nak samakan wajah saya dengan mana-mana selebriti. Sebenarnya saya tak perasan wajah saya persis pelakon Filipina, tetapi sejak masuk universiti pensyarah dan kebanyakan staff cakap wajah saya mempunyai iras DingDong Dantes.

Dalam masa yang sama saya terhibur dan bersyukur kerana sekurang-kurangya saya tahu wajah saya unik”

Hadir Ujibakat Dua Kali 

Bercakap mengenai penyertaanya di dalam Hero Remaja, menurut graduan Ijazah Sarjana Pemasaran MMU ini dia sebenarnya sudah menghadiri sesi ujibakat selama dua kali. Ini kerana kali pertama diujibakat dia gagal ke peringkat seterusnya gara-gara ketandusan idea sewaktu diminta untuk berlakon.

Namun kerana kegigihan dan bakat yang dipercayai oleh barisan juri, dia diminta untuk hadir ke ujibakat seterusnya sebelum berjaya bergelar menempatkan diri dalam 12 finalis dari 600 orang calon yang datang mencuba nasib.

Meletakkan populariti soal kedua, jelas Azri dia berazam untuk masuk ke pertandingan relaiti ini adalah kerana ingin menjadi contoh terbaik bagi memberi kesedaran mengenai beberapa perihal sosial dan persekitaran buat remaja di luar sana.

“Saya masuk untuk naikkan kesedaran mengenai beberapa isu penting seperti kesihatan mental dan persekitaran remaja secara umum.

Kalau saya nak jadi selebriti mungkin saya nak jadi pelakon kerana ramai orang cakap wajah saya agak komersial dan sesuai untuk muncul di kaca televisyen. Namun fokus utama saya adalah ingin menjadi contoh terutama di sosial media” katanya kepada Murai.my ketika ditemui di sidang media pengumuman 12 finalis Hero Remaja baru-baru ini.

Sebagai info, Datuk Hans Isaac dan Scha Al-Yahya telah dipilih sebagai juri tetap manakala Ain Edruce menggalas tanggungjawab sebagai Hos untuk program ini selama 8 episod.

azri hero remajaazri Khairhero remaja
https://lomp.at/lwx6c
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dulu Dipuji… Ini Kisah Di Sebalik Nama Vikneswaran Yang Mencetuskan Tanda Tanya

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Daripada dikenali sebagai individu yang bersungguh mahu mendalami agama, kini namanya terheret dalam satu kes yang mendapat perhatian negara. Kes...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Popia ‘Big Mac’ RM2.50 Seunit Jadi Bualan, Pembeli Kecewa Inti Cuma Secebis

by Naja Nix
February 26, 2026

Isu makanan bazar sekali lagi mencetuskan perbualan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli popia “Big Mac” berharga...

Read moreDetails
LifeXplore

Travel Lebih Mudah! Kini Boleh Tempah ‘Stay’ Tanpa Keluarkan Duit Dulu

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Kalau dulu nak tempah penginapan kena fikir dulu bajet cukup ke tak, sekarang Airbnb bagi nafas lega buat pengembara dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara