• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Dunia

Hilang Dari Radar, Ramai Bimbang Hidup Kate Middleton Bakal Berakhir Seperti Puteri Diana

by Soph Azz
March 15, 2024
Foto - Tatler

Foto - Tatler

Share on Facebook

Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang sedang berlaku, kehilangan Kate Middleton daripada pandangan umum telah mencetus satu tanda tanya dan semakin hari semakin pelik!

Kalau kamu nak tahu, Puteri Wales itu terakhir kali dilihat di khalayak ramai pada Disember 2023. Ketika itu, Kate bersama dengan suaminya, Putera William dan tiga orang anaknya semasa menjalankan tugas mereka untuk Hari Krismas.

Selepas perayaan tersebut, Kate ‘menghilangkan diri’ sehingga sekarang. Dan sejak daripada itu, telah muncul beberapa teori konspirasi dan spekulasi mengenai kehilangan Kate Middleton.

Miss Murai kongsikan beberapa info terkini mengenai kronologi, teori konspirasi dan spekulasi mengenai kehilangan isteri Putera William di bawah;

Kronologi ‘Kehilangan’ Kate Middleton 

  • 25 Disember 2023

Kemunculan terakhir Kate adalah pada Hari Krismas. Ketika ini Kate dalam perjalanan ke gereja di estet diraja Sandringham di Norfolk, England bersama suami dan anaknya.

Foto – Harper’s Bazaar

Tampil mengenakan kot cobalt blue, Kate kelihatan berada dalam keadaan yang sihat dan tidak memberikan sebarang tanda bahawa dia akan dimasukkan ke hospital pada dua minggu kemudian.

  • 16 Januari 2024 

Tanpa diketahui oleh sesiapa selain daripada keluarga diraja, Kate telah dimasukkan ke dalam sebuah hospital swasta di London untuk menjalani “pembedahan perut yang dirancang”. Istana Kensington (IK) tidak mengeluarkan apa-apa pengesahan sehingga hari berikutnya.

  • 17 Januari 2024

Keesokkannya, IK mengumumkan pembedahan Kate telah berjaya dan akan berada di hospital selama dua minggu sebelum boleh pulang ke rumah. IK turut mengumumkan Kate akan kembali bertugas selepas Easter Day 2024.

Foto – X / Instagram

Pada hari yang sama, Istana Buckhingham (IB) mengumumkan Raja Charles III akan menjalani pemeriksaan perubatan kerana prostat yang membesar dan disahkan menghidap kanser.

  • 28 Januari 2024

Pembaca berita Sepanyol, Concha Calleja mendakwa Kate berada dalam “koma” dan memerlukan campur tangan pakar untuk menyelamatkannya. Tetapi pihak IK menafikan dakwaan Concha.

  • 29 Januari 2024

Foto – X

Pada hari yang sama, Raja Charles III dan Kate diumumkan telah keluar dari hospital. Tetapi apa yang membuatkan banyak spekulasi timbul, tiada penampakan atau sebarang gambar Kate mengatakan dia telah keluar dari hospital.

  • 27 Februari 2024

Secara tiba-tiba, Putera William membatalkan kehadirannya pada saat akhir untuk memberi penghormatan kepada mendiang Raja Constatine di St. George’s Chapel, Windsor. Alasannya adalah hal peribadi.

  • 29 Februari 2024

Foto – X

Selepas beberapa hari, Putera William muncul semula tetapi apa yang membuatkan ramai memberi perhatian kepada adalah, penampakan lebam-lebam di sekitar leher dan telinga.

  • 1 Mac 2024

Spekulasi menjadi lebih teruk apabila ada seorang individu telah mengaitkan pembatalan jadualnya pada 27 Februari 2024 dengan berita kematian seorang ahli kerabat diraja iaitu Thomas Kingston.

Kematian tersebut mencetuskan spekulasi di mana Thomas mempunyai kaitan dengan masalah rumah tangga Kate dan Putera William.

Sekadar info, Thomas merupakan suami kepada Lady Gabriella Windsor. Dia telah ditemui pada pada 25 Februari 2024 akibat kecedaraan di kepala dan berhampiran dengannya ada senjata.

  • 4 Mac 2024

Selepas dua bulan tidak muncul di khalayak ramai, sebuah gambar yang menunjukkan Kate telah tersebar. Kesahihan gambar tersebut tidak dapat disahkan kerana kabur.

Gara-Gara Puji Kate Middleton, Meghan Markle Berdendam Dengan Katy Perry
Foto – X

Dalam gambar tersebut, Kate tampil dengan turtleneck dan cermin mata hitam. Ramai yang tidak percaya gambar tersebut adalah Kate dan jika lihat pada tayar kereta, ianya sedikit mengelirukan di mana sebelah kiri mempunyai 6 tayar. Manakala sebelah kanan hanya 2 tayar.

  • 6 Mac 2024

Kemudian bapa saudara Kate iaitu Gary Goldsmith yang merupakan peserta Celebrity Big Brother ditanya oleh salah seorang peserta tentang keberadaan Puteri Wales itu.

Jawab Gary, “Saya tidak mahu bercakap tentang itu, ada beberapa jenis kod etika. Jika ia diumumkan kemudian, saya akan memberikan pendapat.” Namun Gary tidak menyatakan apa yang dimaksudkan oleh “ia” tersebut.

  • 10 Mac 2024

Tiada angin tiada ribut, pihak IK memuat naik gambar Kate bersama dengan tiga anaknya. Ia adalah tradisi tahun ke tahun untuk sambutan Hari Ibu pada 10 Mac di England.

Foto – X

Tetapi apa yang membuatkan perkongsian ini menjadi perhatian adalah, gambar tersebut nampak sangat pelik seperti sudah di-photoshop. Antaranya adalah cincin kahwin Kate tiada, dan kebanyakan jari anaknya berada dalam keadaan yang pelik.

  • 11 Mac 2024

Foto – X

Melihatkan ramai yang menyatakan pandangan terhadap gambar yang telah di-photoshop itu, Kate telah memuat naik permohonan maaf dan telah mengakui edit foto tersebut.

  • 12 Mac 2024 

Beberapa hari lepas, pengacara Andy Cohen menerusi rancangan ‘Watch What Happens Live’, telah bertanya pada komedian John Oliver iaitu “Apa yang terjadi dengan Kate Middleton?”. Jawab Oliver Kate mungkin sudah meninggal dunia sejak 18 bulan yang lalu.

“Mereka mungkin sedang ‘Weekend at Bernie’s’ dalam situasi ini. Saya tidak mengatakan ianya terjadi, saya mengatakan ianya tidak mustahil. Sampai terbukti sebaliknya, sampai kita melihatnya dengan dalam surat khabar hari ini.”

YouTube video

Agak-agak kamu apa yang sebenarnya terjadi? Betul ke Kate Middleton dimasukkan ke dalam hospital? Atau adakah ia sebuah konspirasi untuk Putera William bersama dengan kekasihnya, Rose Hanbury seperti yang dikatakan ramai?

Gara-Gara Puji Kate Middleton, Meghan Markle Berdendam Dengan Katy Perry
kate middletonputera williamputeri dianaRose Hanbury
https://lomp.at/iu7l1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - ABC News (FB)
Dunia

Bakal Jadi Presiden Wanita Pertama, Puteri Kim Jong Un Digelar “Remaja Paling Berbahaya Di Dunia”

by Nurul A.
September 9, 2025

Jarang berlaku untuk kanak-kanak seusia dengannya! Kim Ju Ae, anak perempuan pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un telah mencuri...

Read more
Dunia

JAKIM, JAWI Anjur Solat Hajat, Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Pasukan Global Sumud Flotilla

Susulan tindakan biadap 'Israhell' memintas dan menghalang pasukan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Read more
by Naddy Joe
October 2, 2025
Screenshot
Dunia

Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia Selepas Dibebaskan Penjara ‘Israhell’

Salah seorang daripada peserta termuda yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai...

Read more
by Naddy Joe
October 7, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

  2. 2

    Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

  3. 3

    Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

  4. 4

    [VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

  5. 5

    ‘Mohon Cabut Je Tudung’ – Gambar Neelofa Dikecam Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem