Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

HONOR Magic7 Pro Bakal Rasmi Dilancarkan, Ini 3 Hal Menarik Yang Telah Didedahkan

by Phic ARMAN
December 16, 2024
Share on Facebook

HONOR, salah satu jenama terkemuka dalam industri teknologi, baru-baru ini mengumumkan pelancaran telefon pintar flagship terbarunya, HONOR Magic7 Pro. Model ini dijangka akan menarik perhatian ramai dengan rekaan premium, prestasi unggul, dan teknologi canggih yang membawakan pengalaman baru kepada pengguna.

Sebagai penerus kejayaan siri Magic, HONOR Magic7 Pro hadir dengan pelbagai pembaharuan yang meningkatkan lagi keberkesanan peranti pintar, menjadikannya pilihan utama di kalangan pengguna yang mencari gajet berteknologi tinggi dan berprestasi tinggi.

‘Flagship AI Terbaik 2025’,

Digelar sebagai ‘Flagship AI Terbaik 2025’, HONOR Magic7 Pro menyandarkan teknologi AI HONOR secara eksklusif, dan membawakan pengalaman AI yang berasaskan manusiawi.

Ketika jenama telefon pintar lain bergantung kepada sama ada teknologi awan atau AI pada peranti, HONOR meletakkan dirinya di tahap berbeza dengan menjadi jenama pertama yang memanfaatkan gabungan tercanggih kedua-dua teknologi AI. Strategi unik ini membolehkan HONOR menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan, cekap dan selamat, sekaligus meletakkannya sebagai peneraju dalam pasaran telefon pintar yang dipacu oleh AI.

Fungsi pengesan AI Deepfake Detection dan Magic Portal 2.0. Ciri Magic

HONOR Magic7 Pro menggabungkan teknologi AI pada peranti yang canggih, termasuk menjadi telefon pintar pertama di dunia dimuatkan fungsi pengesan AI Deepfake Detection dan Magic Portal 2.0. Ciri Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan ini mampu memahami hasrat pengguna dan membawa mereka kepada aplikasi berkaitan, seterusnya melancarkan pengalaman pengguna.

Topik Berkaitan Uji Kamera HONOR Magic 8 Pro: Dari Merdeka 118 Sampai KLCC, Zoom 10X Tetap Tajam

Lebih tahan lama, kalis air dan debu

Selain fungsi AI, ciri yang dipertingkatkan pada HONOR Magic7 Pro adalah rekaannya yang dibina untuk lebih tahan lama, kalis air dan debu lebih baik, anti-jatuhan dan keupayaan bertahan dalam suhu tinggi tanpa menjejaskan prestasi peranti.

Tandakan kalendar anda untuk menyaksikan Magis paling hebat pernah disaksikan yang membawakan penambahbaikan ‘super’ pada HONOR Magic7 Pro, 9 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
HONORHONOR Magic7 Pro
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara