Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau dulu siri nombor Honor lebih ke arah mid-premium, kali ini dengan Honor 600 Pro, vibe dia dah mula cecah rasa flagship.

First impression MURAI, ini bukan sekadar upgrade biasa. Macam Honor cuba bagi pakej lebih lengkap, tapi masih nak kekalkan harga yang masuk akal untuk ramai pengguna.

Dari segi luaran, skrin dia antara yang paling cepat tarik perhatian. Panel OLED rata 6.57 inci dengan refresh rate 120Hz memang buat scrolling rasa smooth. Resolusi tinggi dengan 458 PPI pula bagi paparan yang tajam. Yang paling mencuri perhatian, brightness HDR dia boleh pergi sampai 8000 nits. Nak layan drama atau movie di Netflix atau Amazon Prime Video, memang jelas walaupun bawah cahaya terang.

Honor nampaknya tak main-main

Masuk bab prestasi, Honor nampaknya tak main-main. Guna cip Snapdragon 8 Elite Gen 4, digandingkan dengan 12GB RAM dan storan sehingga 512GB. Untuk MURAI, ini dah masuk kategori phone yang boleh handle hampir semua benda dari kerja sampai gaming berat.

Perhatian Kepada Kamera

Bab kamera pun nampak serius. Kamera utama 200MP jadi highlight utama, dengan tambahan telefoto 50MP yang boleh zoom sampai 120x. Ada juga ultra-wide dan makro 12MP, plus kamera selfie 50MP untuk hasil potret yang lebih sharp. Sesuai sangat untuk gaya hidup sekarang yang banyak bergantung pada content.

Topik Berkaitan Boleh Lawan iPhone? Harga HONOR Magic8 Pro Diumumkan, Ini Antara Reaksi Netizen

Penggunaan AI yang next level

Apa yang MURAI rasa menarik, penggunaan AI dia. Bukan sekadar letak nama, tapi fungsi macam AI Super Zoom 2.0, AI Enhanced Night dan Night Portrait memang bantu hasil gambar nampak lebih hidup, especially dalam low light.

Peranti ini juga berjalan dengan MagicOS 10 berasaskan Android 16. Banyak fungsi suntingan AI disediakan terus dalam phone, termasuk AI Eraser, AI Cutout dan AI Image to Video 2.0. Senang cerita, nak edit content terus dari phone pun dah cukup.

Dari segi bateri, 7000mAh memang bagi keyakinan untuk guna sepanjang hari. Tambah pula dengan 80W fast charging dan 50W wireless charging, memang praktikal untuk pengguna aktif. Aspek ketahanan pun dijaga dengan pensijilan tahan jatuh dan penarafan IP68/IP69/IP69K.

Harga Dengan Rebat

Dari segi harga, Honor 600 Pro ditawarkan bermula RM3,099 untuk varian 12GB + 256GB, manakala RM3,299 untuk 12GB + 512GB. Untuk model standard Honor 600 pula, ia dijual pada harga RM2,599.

Namun apa yang buat MURAI rasa ini lebih menarik adalah tawaran awal yang disertakan. Dengan rebat segera RM200, harga menjadi lebih agresif  bermula sekitar RM2,399 untuk Honor 600 versi 256GB, manakala Honor 600 Pro turun kepada RM2,899 (256GB) dan RM3,099 (512GB). Tawaran ini sah sepanjang tempoh pratempahan sehingga 29 April 2026.

Topik Berkaitan Tekan Je, Terus Jadi Video! AI HONOR 600 Pro Memang Luar Biasa

Kesimpulan awal MURAI, Honor 600 Pro ni memang nampak cuba jadi “all-rounder” yang serius. Prestasi ada, kamera kuat, bateri besar, dan pengalaman penggunaan pun lengkap. Kalau harga dia betul-betul kompetitif, tak mustahil ini jadi antara model yang ramai akan pertimbangkan dalam kategori flagship mampu milik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
HONORHonor 600 Pro
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dah 6 Tahun Di Guardian Malaysia, Apa Rahsia Embryolisse Jadi Pilihan Peminat Kecantikan?

by Phic ARMAN
October 10, 2026

Kalau anda gemar mengikuti dunia kecantikan, nama Embryolisse mungkin bukan sesuatu yang asing. Jenama penjagaan kulit dari Perancis ini sudah...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik 5 Anak Tangga, Malaysia Airlines Kini Antara 3 Terbaik Kru Kabin Dunia

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Kita semua pasti bangga melihat wau bulan Malaysia Airlines di langit, tapi kali ini ada sebab untuk tepuk tangan lebih...

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
LifeXplore

Getha Cipta Kelainan, Tilam Kahwin Diiktiraf Malaysia Book Of Records

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Siapa sangka tilam yang selama ini dianggap kelengkapan asas bilik tidur kini boleh menjadi sebahagian daripada kenangan perkahwinan? Getha tampil...

Read moreDetails
LifeXplore

Hotel Pertama ASAI Di Malaysia Kini Dibuka, Tak Jauh Pun Dari KLIA

by Phic ARMAN
October 11, 2026

Kalau anda sedang mencari lokasi untuk healing tanpa perlu memandu terlalu jauh dari Kuala Lumpur, mungkin ini boleh masuk dalam...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak MPV Mewah Tapi Tak Mahu Sibuk Mengecas? GWM WEY G9 HEV Mungkin Jawapannya

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Kalau anda sedang mencari MPV mewah untuk keluarga, tetapi tidak mahu pening kepala memikirkan lokasi pengecasan, GWM Malaysia ada berita...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara