Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hot FM Cipta Sejarah Asia Tenggara, Siaran Langsung 90 Minit Dari Dasar Laut 10 Meter

by Puteri Alia
August 15, 2025
Share on Facebook

Selepas kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu tahun lalu, pasukan Bekpes Hot FM sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi stesen radio pertama di Asia Tenggara melakukan siaran langsung luar bangunan dari dasar laut terbuka sedalam 10 meter selama 90 minit. Misi bersejarah yang dinamakan kempen Bekpes Hot Skuba itu disertai penyampai popular KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG, dan secara rasmi diiktiraf ASEAN Records sebagai First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities.

Bertempat di perairan Pulau Bidong, Terengganu, siaran bermula tepat jam 10 pagi dari Stesen Penyelidikan Alami Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum kejayaan dicatat pada jam 12.30 tengah hari. Pasukan penyampai melakukan penyelaman sambil bersiaran secara langsung, diiringi oleh pasukan UMT Diving School dengan sokongan Unit Tindak Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengiktirafan ASEAN Records disampaikan Pengarah Eksekutif ASEAN Records, Eldrick Koh kepada pasukan Bekpes Hot dan Pengarah Rangkaian Kumpulan Media Prima Audio, Shah Hayatudin, sebagai simbol kejayaan luar biasa ini.

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata pencapaian itu membuktikan semangat juang dan keberanian yang menjadi DNA stesen berkenaan. Selepas menawan puncak tertinggi Malaysia, mereka mahu mencabar kebiasaan dan kali ini “menawan dunia sunyi di bawah laut” sebagai cara kekal relevan dan dekat di hati pendengar.

Pengarah Program UMT, Prof Madya Dr Hasrizal Shaari pula menyifatkan kerjasama ini sebagai bukti keyakinan industri media terhadap kepakaran UMT dalam bidang kelautan dan aktiviti skuba, selain memperkenalkan potensi Pulau Bidong di peringkat nasional.

Lebih istimewa, kejayaan ini turut mencatat sejarah di 10 negara Asia apabila siaran radio langsung dari dasar laut berjaya direalisasikan buat pertama kali. Hot FM turut menurunkan monumen berbentuk mikrofon dan membina studio mini bawah laut sebagai simbol kejayaan, di samping memberi sumbangan kepada usaha pemeliharaan ekosistem marin.

KJ Dedah Hampir Pitam 10 Meter Bawah Laut, Akui Topeng Selam Jadi Punca

Pencapaian ini sekali lagi membuktikan keberanian Hot FM dalam mencabar batas kebiasaan, menggabungkan hiburan, keberanian dan teknologi pada tahap tertinggi, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi industri penyiaran radio di rantau ini.

Bekpes Hothot fm
https://lomp.at/1z03y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore