Saturday, August 30, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[REVIEW] 5 Perkara Yang Seronok Bila Pakai Huawei MatePad Pro Ni!

by Phic ARMAN
June 10, 2020
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang tertanya-tanya apa yang ‘best’ bila pakai peranti tablet terbaru Huawei iaitu MatePad Pro ini. Nah! Kami mahu kongsikan kepada anda beberapa keunikan MatePad Pro ini.

Kali pertama dapat memegang sendiri MatePad Pro ini, kami dapat rasakan ia sebuah tablet premium yang mungkin boleh bersaing dengan iPad Pro atau Samsung Galaxy Tab S6.

Perkara utama yang diperhatikan adalah saiz skrinnya. MatePad Pro mempunyai skrin AMOLED 10.8 inci. Imej dan video menunjukkan warna, kontras, dan kecerahan yang sangat baik. Kami kagum dengan sudut pandangan skrin yang luas. Rasanya sampai dua orang pun boleh dapat menonton skrin dengan selesa.

Tablet ini taklah berat sangat! Dengan dimensi 159 x 245 x 7.2mm, tablet ini seberat 460 gram dan mempunyai resolusi 2560 x 1600 piksel. Memang cukup jelas!

Selain itu, mata saya tertarik pada bucu sebelah kiri tablet ini, di mana tersematnya kamera di dalam skrin seperti lubang hitam.

Kamera

Rasanya anda akan rasa lebih puas jika buat panggilan video dengan MatePad Pro. Manakan tidak, dengan keluasan skrin dan kehebatan kamera pasti lebih selesa. Di hadapan tablet dilengkapi dengan sensor 8 MP, jadi kalau anda buat panggilan video ataupun bergambar Selfie sudah cukup jelas dan sempurna.

Manakala kamera belakang mempunyai sensor 13MP.  Bagi kami ia sudah cukup baik untuk sebuah tablet.

Gambar Yang Diambil Menggunakan MatePad Pro Kamera Belakang Belakang Sensor 13 Megapixel

M-Pencil

Huawei Matepad Pro datang dengan  M-Pencil terbaru.  M-Pencil pada dasarnya digunakan sebagai alat untuk menulis atau melukis pada tablet. Dalam siri terbaru ini,  M-Pencils boleh disimpan dan dicas pada masa yang sama dengan melekatkannya terus di atas tablet.

Selain itu, tablet ini tersedia dengan Aplikasi seperti Huawei Notepad, WPS Office dan NEBO yang membolehkan pengguna melukis, menulis dan mendokumentasikan dengan mudah dan efisyen. Memang seronok melukis, menulis di skrin dengan menggunakan pensil canggih ini. Sebab ia sangat lancar dan mudah.

Pelajar, Pekerja & Content Creator... Wajib Tengok Tablet HUAWEI Terbaharu Ini

M-Pencil adalah stylus yang sangat sensitif yang menyokong 4096 tahap kepekaan tekanan. Pensel ini boleh bertahan sehingga 10 minit apabila dicas selama 30 saat dan bateri sepenuhnya bertahan 10 hari dan 10 jam menulis.

Papan Kekunci Pintar

Tersedia dengan Papan Kekunci Pintar, MatePad Pro dapat diletakkan dalam dua posisi yang berbeza di mana anda boleh meletakkan di meja atau pangkuan anda mengikut pilihan anda. Mod PC akan diaktifkan setiap kali Papan Kekunci Pintar terpasang.

Dengan pemasangan Papan Kekunci Pintar, anda akan merasai pengalaman berbeza. Manakan tidak, dari sebuah tablet, kini bertukar menjadi sebuah komputer riba.

Aplikasi Hiburan Tersendiri

Sekiranya anda bukan peminat Netflix, iFlix dan TikTok, HUAWEI juga mempunyai Aplikasi hiburan HUAWEI sendiri di mana anda boleh menonton kandungan TVB, Mango TV, KiniTV dan Dailymotion di sana. HUAWEI Video dan HUAWEI Music yang pastinya dapat menyaingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV. Menariknya, HUAWEI Video memberikan akses Premium Percuma selama tiga bulan.

MeeTime

Salah satu ciri menarik yang lain, HUAWEI juga telah memperkenalkan MeeTime dan walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MeeTime membolehkan anda mempunyai prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain.

Audio Sangat Terbaik

Bukan biasa-biasa ya! Audio MatePad Pro menggunakan jenama Harman Kardon! Antara jenama audio yang canggih dan terbaik di dunia. Terdapat 4 speaker audio pada kedua sisi tablet ini. Jadi audio dapat didengari dengan jelas walaupun dalam volume yang rendah.

Yang paling best, walaupun audio dikuatkan, tiada sebarang bunyi pecah. Jika anda mahu menggunakan headphone, anda kena guna sambungan USB type C yang tersedia dalam setiap unit.

Harga & Butiran Huawei FreeBuds 6 dan MatePad Pro Baharu Kini Diumumkan di Malaysia

Harga Promosi

Huawei MatePad Pro diitawarkan pada harga promosi Bundle RM2,898.00(harga asal RM3,197). Pembelian ini akan diiringi dengan ganjaran percuma bernilai RM459, terdiri daripada Huawei Keyboard, M-Pencil, Cloud Storage 50GB (sah selama 12 bulan), langganan premium Huawei Video dan WPS Office Premium.

Kami difahamkan, MatePad Pro 5G  bakal muncul tak lama lagi, jadi sama-sama kita nantikan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, boleh lakukan pra-tempahan secara dalam talian sekarang di Huawei Online Shop .

huaweiHuawei Matepad pro
https://lomp.at/zya9z
Share23Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Gelagat Anak Tok Ram Menari Buatkan Netizen Terhibur

  2. 2

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  3. 3

    [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Belanja’ Konsert Percuma Dalam Pesawat, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Puji

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

  5. 5

    Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem