Wednesday, October 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

by Puteri Alia
December 4, 2023
1.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Banyak perkara negatif yang menjadi pengancam perkahwinan, kedamaian dan kesejahteraan rumah tangga.

Antaranya curang, masalah kewangan dan komunikasi.

Namun terdapat jua beberapa perkara yang mengancam perkahwinan yang sering kita terlepas pandang.

Salah satunya adalah apabila suami atau isteri mengharapkan kesempurnaan daripada pasangannya.

Situasi ini sekaligus meletakkan seseorang mudah rasa kecewa, marah dan putus asa jika pasangan, yang hakikatnya insan biasa, ada kekurangan dan kelemahan, tidak bertindak atau berkelakuan sesempurna kita harapkan.

Berbahas soal ini saat bersedia hidup bersama selebriti popular bernama Bunga Citra Lestari, ketika itulah Tiko Aryawardhana harus sedar bahawa segenap inci kisah silam mahupun apa sahaja yang dirancangnya akan diselongkar peminat.

Kini, satu demi satu kisah silam Tiko, 43, diselongkar media Indonesia dan netizen termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.

Selain itu, talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 itu juga berpunca kerana tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

Perkara itu dibongkar media Indonesia menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.

“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.

Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Semalam, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.

Paling mencuri perhatian ramai ialah kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termausk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

BCLTiko Aryawardhana
https://lomp.at/frh0w
Share655Tweet409SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Neelofa Pilih Kunci Mulut Isu Cinta Ameera Khan & Jefri Nichol, Enggan Dedah Restu Keluarga

by Puteri Alia
August 26, 2025

Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa memilih untuk berdiam diri apabila diajukan soalan mengenai hubungan adiknya, Ameera Khan dengan pelakon...

Read more
Lokal

[VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir mencetuskan rasa sebak netizen selepas melawat sebuah keluarga yang pernah tular kerana menukar lampin bayi di...

Read more
by Naddy Joe
August 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Bella Astillah yang lengkap berpakaian kebaya berwarna hitam dan bersalaman dengan ibu kepada...

Read more
by Noah Ab
September 19, 2025
Lokal

Ardell Trauma Lepas Ditumbuk Tentera Israel, Nadzmi Adhwa Mohon Isterinya Jangan Diganggu Buat Masa Ini

Masih dalam fasa pemulihan selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), pelakon Nadzmi Adhwa memohon agar orang ramai...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Lokal

Nora Danish Padam 24,000 Foto Lama Tidak Berhijab, Nekad Hargai Fasa Baharu Muslimah

Pelakon terkenal Nora Danish, 43, membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila kini dalam misi memadam semua foto lama yang menampakkan...

Read more
by Puteri Alia
August 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Heliza Helmi & Hazwani Helmi Ditahan Tentera Isr43l

kira-kira pukul 8 pagi waktu Malaysia, adik beradik selebriti iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang menaiki kapal layar bernama...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
Lokal

Eda Ezrin Kembali Nyanyi Selepas Bebas Kes Dadah, Umum Rancang Jadi Usahawan

Selepas hampir dua minggu meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga tercinta, penyanyi Eda Ezrin akhirnya bersedia untuk kembali aktif dalam dunia...

Read more
by Puteri Alia
August 19, 2025
Foto - @liyanajasmay (IG)
Lokal

Gayakan Skirt Pendek, Ada Peminat Kecewa Dengan Liyana Jasmay?

Tak ada angin tak ada ribut, secara tiba-tiba nama aktres dan pengarah Liyana Jasmay menjadi sebutan ramai. Kalau dahulu, ramai...

Read more
by Nurul A.
September 8, 2025
Lokal

Intan Najuwa Dedah Dua Tahun Kahwin Tak Pernah Sentuh Kerja Rumah, Suami Layan Bak Puteri

Dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa syukur dan terharu apabila dirinya sentiasa diberikan layanan...

Read more
by Puteri Alia
August 18, 2025
Lokal

Erra Fazira Ambil 8 Tahun Untuk ‘Move On’ Lepas Putus Tunang Dengan Awie

Rasa sakit dan kekecewaan akibat perpisahan bukanlah perkara mudah untuk dilalui, malah tempoh untuk benar-benar pulih bergantung kepada cara seseorang...

Read more
by Puteri Alia
August 25, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem