Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ibu Tiri Shila Amzah Buat Laporan Polis Tuduh Anak Curi Kereta, Bekas Isteri ND Lala Kecewa Anak Dilayan Seperti Orang Luar

by Puteri Alia
August 24, 2023
Share on Facebook

Kehadiran atau campur tangan orang ketiga tetap menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga, meskipun terdapat 1,001 sebab lain yang mendorong perkahwinan dibubarkan antaranya tidak lagi sanggup terus dipergunakan.

Selepas berkongsi kisah sebenar rumah tangganya dua hari lalu, bekas isteri penyanyi dan pelakon, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman, 55,  berkongsi pula kisah isteri ND Lala membuat laporan polis mendakwa salah seorang anak mereka mencuri kenderaan miliknya.

Apa yang berlaku dianggap keterlaluan dan Fauziah kecewa apabila wanita terbabit mendesak agar kenderaan itu dipulangkan serta membuat permintaan yang tidak logik dek akal terhadap anaknya sambil disaksikan oleh Abahnya (ayah) sendiri.

Anaknya Syafiq dituntut membuat pengakuan serta membuat permohonan maaf secara bertulis dan lisan ketika kejadian itu.

Malah Fauziah juga memaklumkan ND Lala turut merakam kejadian terbabit atas arahan isteri keduanya itu.

Perkongsian video terbabit di TikTok miliknya untuk menyokong kenyataannya menggemparkan pengikut industri seni tanah air.

“Ia memaparkan ND lala sedang memegang telefon dipercayai sedang merakam kejadian itu.

Sementara wanita berpurdah yang dipercayai Siti Munirah sedang sibuk memeriksa barangan yang berada di dalam but kereta dipercayai bimbang sekiranya terdapat barangan miliknya hilang.

Paling menyedihkan apabila ND Lala mengarahkan anak lelakinya membaca pengakuan maaf dan menyerahkan kereta terbabit sambil diperhatikan wanita terbabit.

“Inilah penyerahan kereta dan barang-barang serta dokumen bersama di dalamnya,” kata anak lelakinya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Fauziah tidak menulis sebarang kenyataan di ruang kapsyen video tersebut.

Pelbagai reaksi diberikan netizen yang merasa hairan dan keliru dengan sikap ND Lala yang didakwa tergamak membelakangkan keluarga sendiri demi isteri baharunya.

Dalam pada itu, ramai yang bersimpati dengan Fauziah dan mendoakan agar ibu kepada empat anak ini reda dengan ujian yang dihadapinya.

Shila Amzah Pesan Jangan Terlalu Sayang Kawan

Terdahulu, Fauziah menjelaskan anak lelakinya menolong mengambil kereta yang tertinggal di Kedah kerana ND Lala dikatakan sakit.

“Kawan-kawan dia terpaksa hantar Abah anak-anak saya dan perempuan ini ke Ipoh. Orang Kedah terpaksa cari anak saya untuk ambil kereta sebab Abah anak-anak saya tak dapat dihubungi.

“Pada awalnya anak saya sangka bahawa kereta itu milik Abahnya tetapi dari sinilah kami sangat yakin cerita perkahwinan mereka tersangatlah benar. Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam satu luggage.

“Yang paling melumatkan jiwa, anak lelaki saya dituduh melarikan kereta atas nama perempuan ini. Kereta ini ada dirumah saya dari bulan Disember dan ketika itu Abah anak-anak saya ada tinggal dengan kami. Abah anak saya balik 23 Januari hingga 1 April lepas dan kereta yang anak saya ambil sentiasa ada depan rumah,” katanya.

Datuk ND Lalashila amzah
https://lomp.at/658af
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Lokal

Uyaina Arshad Pernah Disahkan Tak Boleh Hamil Kerana Ambil Ubat Untuk 2 Masalah Jantung?

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbas kembali momennya apabila pihak doktor memaklumkan bahawa dia berkemungkinan tidak dapat hamil disebabkan masalah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore