Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini, ada satu sisi klasik dan cukup menawan dari sejarah keluarga Diraja Selangor yang berjaya mencuri perhatian ramai, semuanya gara-gara satu posting di TikTok!

Menerusi akaun @Safira_Adinda729, beberapa keping foto lama yang memaparkan wajah lembut dan ayu seorang wanita berbaju kebaya diraja terus jadi bualan. Rupa-rupanya, itulah Cik Puan Nur Lisa Idris Abdullah, ibu kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah!

Gambar-gambar tu bukan calang-calang. Ia adalah daripada penggambaran eksklusif Majalah Wanita, Januari 1989, yang ketika itu merakam momen indah sempena perkahwinan diraja beliau bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Serius MURAI cakap, penampilan Cik Puan Lisa waktu tu memang ‘timeless beauty’. Dengan senyuman manis, raut wajah kacukan dan aura lembut yang cukup mempersona, ramai netizen menyamakan kecantikannya macam heroin filem Melayu zaman 80-an!

Dikurniakan seorang putera, Tengku Amir Shah

Untuk anda yang mungkin tak tahu, Cik Puan Nur Lisa sebenarnya merupakan warganegara Amerika Syarikat. Selepas memeluk Islam, beliau berkahwin dengan Sultan Sharafuddin dan dikurniakan seorang putera, Tengku Amir Shah.

Dan ya, ini bukan sebarang anak. Tengku Amir Shah hari ini dikenali sebagai Raja Muda Selangor, seorang pewaris takhta yang bukan saja kacak dan berkarisma, tapi juga aktif membangunkan komuniti belia melalui platform Selangor Youth Community (SAY). Baginda juga merupakan bekas kadet di Royal Military Academy Sandhurst di UK sama tempat latihan Putera William dan Harry, tau!

Namun, jodoh Cik Puan Lisa dan Sultan Sharafuddin tidak panjang. Mereka bercerai pada tahun 1997. Tapi walaupun dah tak lagi bergelar permaisuri, nama Cik Puan Lisa kekal terpahat dalam sejarah keluarga diraja sebagai ibu kepada pewaris negeri.

Nahas FRU: Sultan Selangor Titah Lesen Pemandu & Syarikat Ditarik Sekiranya Didapati Bersalah

Bila gambar-gambar lama macam ni muncul balik, ia bukan sekadar imbau kenangan. Ia juga jadi satu bentuk penghargaan rakyat kepada tokoh wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah negeri.

Dan satu je MURAI nak pesan… kadang-kadang, kisah lama tu jauh lebih menarik daripada apa yang trending sekarang. Setuju tak?

Cik Puan Nur Lisa Idris AbdullahRaja Muda SelangorSultan Sharafuddin Idris ShahTengku Amir Shah
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem