Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Netizen Pertikai Tindakan Usahawan Kosmetik Edar Produk Percuma Di SJR

Rata-rata netizen turut mengecam tindakannya memakai jaket hitam dikala cuaca yang panas

by Khai Azfar
June 22, 2021
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, kelibat seorang usahawan kosmetik Iddin Syah di sebuah lokasi sekatan jalan raya (SJR) menjadi tanda tanya netizen berikutan mempertikaikan tujuannya disitu.

Dikecam Di Media Sosial 

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan pengasas produk kecantikan ESW ini mengedarkan produk dipercayai milik syarikatnya secara percuma buat pemandu kenderaan yang melalui SJR tersebut.

https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1406462080899637255?s=19

Selain mempertikaikan kebenaran yang diperolehi, rata-rata netizen turut mengecam tindakannya memakai jaket hitam dikala cuaca yang panas sekaligus mendakwa ia seperti perancangan untuk menaikkan jenamannya secara percuma.

“Jumaat lalu saya dah delete video ini di IG atas beberapa sebab, tup-tup ada pihak yang post di Twitter. Tapi video asal sudah di edit! Laju betul netizen buat kerja. Terus terang saya tak berapa aktif di sana tetapi staf yang kongsi info pasal tweet itu”

Bila baca nk tergelak pun ada, berani eh dia kata abang rambut karat & pakai jaket tengah panas lit lit. Nak pinjam ayat Wak Doyok sat boleh? Aku yang pakai kau yang panas!” jelas Iddin

Edar Vitamin Secara Percuma

Iddin atau nama sebenarnya Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, menerusi laman Instagram nya malam tadi tampil menjelaskan lebih lanjut mengenai perihal sebenar. Dedahnya, dia akui memberi produk secara percuma kepada mereka yang melalui SJR. Namun, ia berupakan produk berasaskan vitamin dan turut diberi buat para petugas barisan hadapan disitu serta sudah mendapat kebenaran berbuat demikian. Malah, Iddin berkata video yang asal sudah pun dipadam bagaimanapun terdapat pihak tertentu yang menyunting dan memuatnaik kembali di media sosial.

“Sebenarnya, sebelum aktiviti itu dibuat, saya telebih dulu mendapatkn kebenaran Polis dan bagi tau niat saya nak sumbang 1K unit vitamin ESW kepada org yang lalu SJR Bertam. Takkanlah saya berani buat tanpa kebenaran kan?”

“Ok 1st of all, pihak yang paling saya concern adalah Frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah, walaupun mereka kuat semangat tetapi saya ada cara sendiri nak say thank you dengan menyumbangkan vitamin yang baru sahaja ESW keluarkn untuk pastikan Frontliners kekal bertenaga & hidrasi” katanya

View this post on Instagram

A post shared by Iddin Syah (@iddinsyah)

Dalam pada itu, Iddin turut berharap agar penjelasan yang diberikan dapat menghentikan segala spekulasi yang tular di media sosial.

Iddin Syah
https://lomp.at/k0kxb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara