Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ikan RM1 Tarikan Terbaru Kuala Selangor

by Khai Azfar
August 11, 2020
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, nama daerah Kuala Selangor menjadi tumpuan ramai. Sejak pengumuman kerajaan mengenai kebenaran pelancongan domestik, daerah ini disebut-sebut sebagai antara lokasi yang mempunyai pelbagai tarikan.

Serbu SNZ Kerana Ikan RM1 

Selain sawah padi yang terbentang luas dan pilihan restoran yang menyajikan aneka makanan lazat, Kuala Selangor kini mempunyai tarikan terbaru yang diperkenalkan oleh tiga kenalan menerusi SNZ Pembekal Ikan Segera (Dari Laut Terus ke Rumah) yang dimiliki oleh SNZ Top Global.

Mula dibuka pada hujung minggu lalu,kedai yang menjual ikan segar hasil tangkapan nelayan terus kepada pembeli ini terus dibanjiri orang ramai.

Ini kerana SNZ bukan sekadar kedai yang menjual hasil laut segar semata-mata, sebaliknya mereka menawarkan promosi ‘happy hour’ setiap hari yang mana pengunjung boleh membeli ikan-ikan yang terpilih dengan harga serendah RM1 untuk sekilogram.

“Kami bermula kecil-kecilan ketika PKP, tak sangka sambutan sangat baik dan membuka mata ini peluang mencari rezeki yang baharu.

“SNZ milik penuh Bumiputera menawarkan ikan berkualiti dan segar dibekalkan daripada melayan tempatan untuk pasaran sekitar dan Lembah Klang termasuk melalui khidmat penghantaran,” kata Norhamizah yang memiliki SNZ bersama Mohd Zulakmal Jamaludin dan Mohammad Shahrul Nizam.

Abang Sado Jadi Tumpuan 

Buat anda yang ingin mendapatkan pilihan hasil laut yang segar, boleh berkunjung ke SNZ Pembekal Ikan Segera pada bila-bila masa bermula jam 8 pagi hingga 8 malam kerana mereka menjanjikan stok yang ada sentiasa mencukupi. Malah difahamkan, SNZ juga sudah mempraktikkan konsep pandu lalu di kedai mereka yang memudahkan orang ramai membeli keperluan yang diinginkan dengan kadar segera.

SNZ bukan sahaja tampil dengan promosi RM1, menariknya lagi krew kedai ini juga terdiri daripada golongan ‘Abang Sado’ yang menjaga penampilan dan hal kesihatan. Bagi mereka ini kelainan yang ditampilkan, iaitu apa juga pekerjaan dilakukan penampilan menjadi keutamaan dan tidak boleh diabaikan.

“Pekerja kami antaranya memang aktif di gimnasium selain mereka sendiri melakukan kerja berat menggendalikan stok ikan harian yang dibekalkan dari nelayan,” katanya lagi.

Sebagai info, SNZ yang mengutamakan kualiti jualan mereka turut merancang untuk melebarkan pasaran ke seluruh negara termasuk membuka cawangan di beberapa negeri lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ikan RM1SNZ Pembekal Ikan Segera
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara