Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
December 1, 2025
Share on Facebook

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen,

Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin dilihat memuatnaik beberapa keping foto jambangan bunga yang diterimanya.

Kongsi Foto Jejaka Misteri?

Walaubagaimanapun, dalam hantaran yang sama, Iman turut berkongsi foto ketiga yang memperlihatkan seorang jejaka misteri yang membuat para netizen mula mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai identiti jejaka tersebut.

“My sunflower.”-kapsyen ringkas Iman di TikTok

“Dah Banyak Kali Kena Scam Dengan Iman…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap perkongsian Iman, malah ada yang mendakwa ia hanyalah sebahagian daripada gimik pelancaran lagu baharunya kelak.

“Susah aku nak percaya Iman ni kalau post relationship hahaha.”

“Hint lagu baru.”

“Ada bau-baru lagu baru ke ni.”

“Syoknya dapat bunga, kita memang tak minat bunga-bunga tapi bila dapat berbunga-bunga hati kita.”

“Akak pun dah sama level cantik dengan bunga-bunga tu 😩💕.”

“OMG bila Iman kahwin ni tak sabarr.”

“Tanda-tanda nak keluar single baru ke ni.”

“Entah laa, dah banyak kali kena scam dengan Iman. Tak nak percaya dah.”

“Drama ni dah ulang berkali-kali for music video hahaha.”

“Iman sengaja bagi saya jadi gatal nak cari bf 😭.”

Terdahulu, Iman mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas didakwa membuat laporan polis selepas bergaduh dengan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dalam satu siaran langsung di TikTok. Malah, Iman menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Aliff pada Mac lalu bukanlah sekadar gimik semata-mata.

Sehingga kini, Iman dilihat masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai identiti jejaka misteri tersebut, atau adakah ia hanyalah gimik lagu baru semata-mata? Sama-sama kita nantikan..

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?
Iman Troye
https://lomp.at/rx67a
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Lokal

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’-“Malang Memang Tak Berbau..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem,...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore