Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan yang boleh dituntut waris sekiranya penerima STR meninggal dunia?

MURAI nak kongsi mengenai Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2026, iaitu bantuan sebanyak RM1,000 kepada waris yang layak. Bantuan ini diwujudkan bagi membantu meringankan sedikit beban keluarga dalam menguruskan urusan selepas kehilangan insan tersayang.

Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2026, Siapa Yang Layak?

Untuk tahun 2026, SKK boleh dituntut sekiranya permohonan STR berstatus Lulus bagi kategori Isi Rumah, termasuk pasangan, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak serta warga emas tanpa pasangan.

Individu yang meninggal dunia pula mestilah pemohon atau pasangan yang merupakan warganegara Malaysia, dengan kematian berlaku antara 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

Macam Mana Nak Buat Tuntutan?

Khairat Kematian

Yang menariknya, tuntutan ini bukan proses yang terlalu complicated. Waris yang layak boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan BSN.

Sebelum ke bank, pastikan nama anda memang disenaraikan sebagai waris dalam sistem MySTR. Bawa sijil kematian asal atau salinan JPN serta dokumen pengenalan diri ketika membuat tuntutan.

Pada pandangan MURAI, RM1,000 mungkin bukan jumlah yang besar, tetapi dalam keadaan keluarga sedang berdepan kehilangan dan pelbagai kos pengurusan, bantuan sebegini tetap boleh memberi sedikit ruang untuk bernafas.

Topik Berkaitan STR Fasa 1 2026 Dikreditkan Bermula Esok, Ini Perkara Penting Penerima Perlu Tahu

Jadi, kalau ada ahli keluarga yang menerima STR, tak salah untuk semak maklumat waris dalam MySTR sekarang. Jangan sampai bantuan yang memang layak diterima terlepas begitu sahaja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Khairat Kematianstr
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara