Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

RM499 Sahaja! Cincin Pintar Infinix Ini Buat Jenama Mahal Tergugat?

Tak Sampai RM500, Infinix AI Ring Tampil Dengan Fungsi Setanding Peranti Premium!

by Phic ARMAN
June 6, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Infinix kini tampil dengan satu lagi kejutan,  Infinix AI Ring, iaitu cincin pintar yang dijual pada harga cuma RM499. Ya, hanya RM499 untuk sebuah wearable yang lengkap dengan pelbagai fungsi kesihatan, bateri tahan lama, reka bentuk bergaya dan teknologi AI terkini.

Persoalannya sekarang: bolehkah cincin ini menandingi jenama besar lain yang harganya sampai ribuan ringgit?

Kalau tengok pada fungsi, memang tak jauh beza. Infinix AI Ring boleh pantau kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, kualiti tidur dan tahap stres secara automatik sepanjang hari. Ia juga boleh sambung terus ke aplikasi Infinix Health dan peranti AIoT yang lain, bagi memudahkan pengguna tengok semua maklumat kesihatan mereka dalam satu tempat.

Dari segi rekaan pula, ia sangat ringan dan selesa dipakai, cuma 3.7 gram, tapi tetap nampak premium. Rekaan minimalis ini membolehkan ia digayakan dengan apa sahaja, sama ada anda mahu tampil kasual, sporty, atau lebih profesional. Tambahan lagi, ia kalis air, jadi tak jadi masalah kalau pakai waktu bersenam atau hujan turun tiba-tiba. Bateri pula boleh bertahan hingga tujuh hari dengan satu cas penuh, satu kelebihan besar kalau dibandingkan dengan peranti lain yang perlu dicas setiap malam.

Apa yang buat cincin ini lebih menarik ialah fungsi kawalan pintar. Anda boleh guna gerakan jari untuk ambil gambar, kawal muzik, atau urus peranti rumah pintar, semua tanpa perlu sentuh telefon. Fungsi ini biasanya hanya ada pada peranti premium, tapi Infinix berjaya bawa teknologi itu kepada pengguna dengan harga bawah RM500.

Jadi, kembali pada soalan tadi,  bolehkah ia lawan jenama lain yang harganya lebih tinggi? Jawapannya bergantung kepada apa yang anda perlukan. Tapi jika anda cari wearable yang smart, bergaya, lengkap fungsi kesihatan dan tak perlu habiskan ribuan ringgit, Infinix AI Ring memang patut ada dalam senarai pilihan anda.

Dengan hanya RM499, ia mungkin bukan saja setanding,  malah boleh jadi lebih bijak dan praktikal daripada jenama lain yang jauh lebih mahal.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
InfinixInfinix AI Ring
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara