Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Ingat Kena Gilis Sampai Mamp*s” – Penunggang Superbike Teruk Dikecam Netizen?

Kejadian yang berlaku mendapat perhatian netizen di media sosial

by Puteri Alia
October 3, 2022
via Facebook John Kiew

via Facebook John Kiew

Share on Facebook

Tular di media sosial semalam di mana seorang pemilik laman Facebook bernama John Kiew berkongsi rakaman kamera depan keretanya yang merakam kejadian kemalangan di jalanraya.

Rakaman tersebut memperlihatkan beberapa penunggang motosikal jenis superbike yang bergerak secara konvoi memecut laju dari arah Nilai, Negeri Sembilan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Almera Meloncat ‘Makan’ Superbike

Dalam rakaman kamera yang dikongsikan pemilik laman Facebook John Kiew ini, memaparkan beberapa penunggang motosikal membonceng kenderaan masing dengan lalu di laluan sebelah kanan jalanraya.

Namun salah seorang penunggang yang mengikuti konvoi tersebut di lihat memotong sebuah kereta jenis Nissan Almera yang kemudian memperlahankan motorsikal yang diboncengnya.

Tindakan penunggang berkenaan menyebabkan kereta Almera meloncat-loncat dan ‘memakan’ belakang motorsikal penunggang.

via Facebook John Kiew
via Facebook John Kiew

Salah Laluan?

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, di lihat penunggang motosikal yang lain susur keluar ke kiri jalanraya menghala ke USJ manakala penunggang motosikal yang terbabit kemalangan ini berada di laluan kanan jalan dengan laju sebelum bertindak memotong kenderaan kereta Almera.

via Facebook John Kiew

Penunggang Dikecam Netizen

Kejadian yang berlaku mendapat pelbagai komen dan reaksi warga Facebook, rata-rata ramai sependapat penunggang motosikal tersebut yang bersalah.

“Nampak gaya dia silap laluan. Kawan-kawan keluar kiri. Dia terus perlahan dekat laluan laju. Boom.”

“Melompat-lompat kereta tu. Ingat kena gilis sampai mamp*s. Nasib baik belum ajal. Semoha jadi pengajaran, nak konvoi tu rancang jalan betul-betul.”

“Dia macam ni. Nak ke kiri arah ELITE tapi beb*l sangat laju sampai nak menghala ke Kuala Lumpur. Tetiba berhenti depan kereta. Nasib umur panjang.” Komen warganet

via Facebook John Kiew

“Boleh pula dia berhenti tengah-tengah lebuhraya. Mujur tak dicium dengan lori atau sedan.”

“Terlajak lah tu. Bod*h nak laju-laju. Nak konvoi tapi tak reti jalan, lepas tu gelabah takut kena tinggal dengan kawan-kawan.”

“Apa pasal pergi berhenti depan kereta pula. Mujur tak masuk bawah kereta terus. Kalau lori lah. Pasti duduk bawah lori terus.” Komen mereka

via Facebook John Kiew

“Kalau kena dengan treler lori, dah arwah dah kau.”

“Gila sailang macam tu. Selamat tuhan masih memberi hang kesempatan untuk bernyawa.”

“Motor je besar, otak tak ada.” Komen mereka lagi

via Facebook John Kiew

Gara-gara kejadian tersebut pemilik rakaman kamera, John Kiew, berharap pemandu kenderaan Nissan Almera dapat menghubunginya untuk mendapatkan video lengkap rakaman.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AlmeraKereta MeloncatSuperbike
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara