Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ingin Betulkan Spekulasi, Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

by Khai Azfar
September 30, 2019
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Kisah kontroversi rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin hangat diperkatakan. Terdahulu, Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerai Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Fail Nusyuz

Susulan daripada itu, menerusi laporan sumber Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya pada 19 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. murai.my difahamkan pelakon itu memfailkan nusyuz itu kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi hangat mengenai rumah tangganya.

Dalam pada itu, pada 22 September lalu Sharnaaz yang diwakili peguamnya,Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihaknya telah menyerahkan saman kepada pihak Nabila dan perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi tujuan pembelaan mereka.

Lantik Jawatankuasa Pendamai

Selain itu, kedua-dua belah pihak juga telah melantik wakil jawatankuasa pendamai (JKP). Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan.

Pada 13 September, Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

[VIDEO] "Syafiq Kyle Lepas Kahwin Dia Memang Tak Nak Campur Orang"-Shukri Yahaya
noor nabilasharnaaz ahmad
https://lomp.at/rdivf
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara