Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Ini 5 Lagi Resepi Untuk Peminat ‘Dalgona’ Yang Wajib Cuba

by Aphit J.
March 25, 2020
1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini menjadi tular di laman sosial yang menunjukkan resepi minuman Dalgona Coffee yang mudah dibuat dengan menggunakan empat bahan utama iaitu Nescafe, gula, air suam dan susu segar.

Menurut laman Klook selain Dalgona Coffee ada beberapa lagi minuman yang boleh dilakukan dengan menggunakan konsep ‘Dalgona’.

Dalgona Matcha

via Reddit

Masih mengekalkan cara yang sama, Matcha Dalgona menggantikan Nescafe kepada serbuk teh hijau sebagai bahan utama.

Bahan-bahan: 1 sudu serbuk matcha, 1 putih telur, setengah cawan gula pasir, setengah cawan air, susu segar dan ais.

Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang putih telur. Dalam masa yang sama larutkan gula pasir didalam air suam. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar.

Dalgona Milo

via Cookpad

Kepekatan milo yang dicampur susu segar pasti membuatkan anda kembali mengenangkan zaman kecil. Betul bukan? Ini resepi Dalgona Milo yang dikongsi di halaman Klook.

Bahan-bahan: 2 sudu serbuk milo, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais.

Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.

Dalgona Teh Susu

via Facebook

Pasti menarik sekiranya teh tarik menjadi dalgona teh susu bukan? Ini baru selera Malaysia. Menjadikan serbuk teh sebagai bahan utama, minuman seperti ini pasti memberikan satu standard baru kepada teh susu.

Bahan-bahan: 2 sudu serbuk teh, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais.

Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.

Dalgona Oreo

via KL Foodie

Ini sesuatu yang menarik! Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pasti menyukai sekiranya minuman yang mempunyai rasa oreo. Apa yang membezakan dengan Dalgona Coffee adalah susu yang digunakan dicampur bersama serbuk oreo.

Bahan-bahan: 2 sudu serbuk Nescafe, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, sebuk oreo dan ais.

Cara Penyediaan : Menurut Marshable SE, pukul sehingga kembang serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur dengan serbuk oreo beserta ais. Yummy!

Dolgona Cokelat

via Rojak Daily

Peminat cokelat pasti menyukai resepi ini. Tidak perlu ke kedai makan yang mewah, dengan mengetahui cara yang sebenar membuat dolgona cokelat, pasti membuatkan anda mengulanginya lagi.

Bahan-bahan: 2 sudu serbuk cokelat, 2 sudu krim, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, sebuk oreo dan ais.

Cara Penyediaan: Pukul sehingga kembang serbuk koko, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais.

Untuk anda yang mahukan minuman ala-ala mewah, senarai minuman dolgana di atas patut dicuba!

Cara Buat DalgonaDalgonaDalgona chocolateDalgona CoffeDalgona CokelatDalgona Milk TeaDalgona OreoDalgona Yang SedapMatcha CoffeeResipi Dalgona
https://lomp.at/n76iv
Share435Tweet236SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem