Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Keliru Mengenai Waktu Imsak Dan Subuh, Ini Waktu Sahur Yang Betul

by Aphit J.
May 3, 2020
143
KONGSIAN
Share on Facebook

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Pada bulan ini, semua umat Islam akan memulakan puasa setiap hari sehingga berkumandangnya azan maghrib yang menandakan telah masuk waktu berbuka.

Ramai di antara kita yang masih tertanya-tanya mengenai waktu bermulanya puasa. Adakah waktu berpuasa bermula ketika imsak ataupun subuh? Adakah batal puasa sekiranya makan selepas waktu imsak? Ini penerangan JAKIM mengenai perkara ini.

Imsak Adalah Waktu Berjaga-jaga

via Diabetis UK

Perlu faham bahawa waktu imsak adalah waktu ihtiyat yang membawa maksud waktu berjaga-jaga. Waktu berjaga ini dikira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh di mana waktu subuh inilah kita akan mendengar azan dilaungkan.

Disunatkan Untuk Melewatkan Sahur

via Dietician

Apa yang ditulis oleh JAKIM, kita juga digalakkan untuk melewatkan sahur kerana perbuatan ini dikira sunat. Tetapi perlu berhati-hati ketika bersahur! Jangan terlebih daripada waktu yang ditetapkan sehingga menyebabkan terbatalnya puasa.

Selesaikan Sahur Sebelum Azan Subuh

via Muslim Obsession

Pastikan anda menyelesaikan sahur sebelum tamat waktunya, iaitu sebelum kedengaran azan subuh. Hal ini kerana untuk mengelakkan timbulnya keraguan (syubhah) dalam kalangan kita.

Imsak Bukanlah Waktu Bermulanya Puasa

via Factual News

Perlu untuk kita memahami waktu sebenar bermulanya puasa. Menurut JAKIM, waktu bermulanya puasa bukanlah ketika imsak, tatapi ketika bermulanya waktu subuh. Maka dalam tempoh imsak, anda masih boleh untuk makan dan minum. Tatapi perlu berhati-hati supaya tidak terlajak.

Berhenti Serta Merta Setelah Masuk Waktu Subuh

via JAKIM

Wajib untuk anda memberhentikan diri daripada makan dan minum setelah masuknya waktu subuh. Ini kerana pada waktu ini, waktu puasa sudah bermula. Sekiranya azan subuh sudah berkumandang tetapi kita masih makan atau minum maka ia akan membatalkan puasa.

Secara amnya, waktu imsak boleh diibaratkan seperti lampu isyarat berwarna kuning di mana kita perlu bersedia untuk memberhentikan kenderaan. Dengan ini, cara mudah untuk difahami ialah waktu imsak kita disunatkan untuk berhenti makan dan waktu untuk kita berjaga-jaga kerana ianya menandakan waktu subuh bakal tiba. Tetapi untuk anda yang terlewat bangun, mungkin anda boleh mencuba cara sahur ekspress ini!

imsak dan subuh untuk waktu sahurwaktu bermulanya puasawaktu berpuasawaktu imsakwaktu sahurwaktu sebenar sahur
https://lomp.at/gket6
Share61Tweet34SendShare

KINI TRENDING

Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara