Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Kisah Cinta Pertama Nabi Muhammad SAW ‘Bertepuk Sebelah Tangan’, Lamaran Ditolak Oleh Ummu Hani

by Puteri Alia
March 5, 2024
Share on Facebook

Kisah cinta pertama Nabi Muhammad SAW yang bertepuk sebelah tangan dengan wanita bernama Ummu Hani atau dengan nama sebenarnya Fakhitah binti Abi Thalib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bermula di Mekah pada zaman muda Baginda.

Ummu Hani merupakan seorang wanita yang cantik, anggun, dan memikat hati banyak lelaki di kalangan suku Quraisy. Baginda, pada masa itu belum lagi diangkat sebagai nabi, telah jatuh cinta pada Ummu Hani.

Ummu Hani memiliki hubungan keluarga yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW, sebagai kakak dari Ali bin Abi Thalib, yang kemudian menjadi salah satu khalifah Islam yang terkenal.

Menurut catatan dalam buku “15 Wanita Saleh di Kehidupan Nabi” karya Alik al Adhim, Ummu Hani terkenal karena keberaniannya dan kesetiaannya terhadap Islam. Ummu Hani memutuskan untuk memeluk agama Islam pada saat kota Mekkah ditaklukkan oleh pasukan Muslim di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

Namun, keputusannya ini menyebabkan Ummu Hani ditinggalkan oleh suaminya yang tidak menerima agama baru yang dianutnya.

Terdahulu, ketika Baginda mengajukan lamaran kepadanya melalui ayahnya, Abu Thalib, Ummu Hani juga menerima lamaran dari seorang lelaki bernama Hubairah bin Abu Wahb bin Amr bin Aidz bin Imran bin Makhzum, seorang pembesar Bani Marmuqin.

Meskipun Nabi Muhammad menawarkan dirinya sebagai suami, Abu Thalib memilih menolak lamaran Rasulullah dan menikahkan Ummu Hani dengan Hubairah, demi menjaga hubungan baik dengan Bani Marmuqin. Dari pernikahan ini, Ummu Hani memiliki empat orang anak.

Setelah penaklukan Mekkah oleh Islam, Ummu Hani memilih untuk masuk Islam. Namun, suaminya yang tidak menerima keputusannya melarikan diri ke Yaman. Ummu Hani kemudian mendidik anak-anaknya seorang diri setelah kepergian suaminya.

Nabi Muhammad SAW, mengetahui keadaan Ummu Hani, kembali meminangnya sebagai istri agar anak-anaknya memiliki seorang ayah. Namun, Ummu Hani menolak lamaran tersebut karena khawatir akan mengabaikan anak-anaknya jika menikah dengan Nabi Muhammad. Meskipun ditolak, Nabi Muhammad tetap menghormati keputusannya.

Ummu Hani meninggal setelah kematian saudara laki-lakinya pada tahun 40 Hijriah. Selama hidupnya, dia meriwayatkan banyak hadits dari Nabi Muhammad SAW, menjadi sumber utama pengetahuan tentang ajaran Islam. Banyak ahli hadits terkemuka seperti Yahya bin Ja’far, Abu Shaleh, dan as-Sya’bi meriwayatkan hadits darinya, menegaskan statusnya sebagai seorang perawi hadits yang dipercayai dalam sejarah Islam.

Kejadian ini menggambarkan sikap kesabaran, keuletan, dan kekuatan hati Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak putus asa walaupun lamarannya ditolak. Sebaliknya, Baginda terus berusaha untuk menegakkan kebenaran dan menyebarkan risalah Islam di tengah-tengah masyarakat yang pada masa itu banyak terpinggirkan dari ajaran yang benar.

Meskipun cinta pertama Baginda tidak berakhir dengan perkahwinan, namun hubungan tersebut membawa banyak hikmah dan pengajaran.

Baginda memperlihatkan kepada umatnya bahawa penolakan dan kegagalan adalah sebahagian daripada ujian kehidupan yang perlu dihadapi dengan sabar dan keteguhan hati.

Selain itu, cinta pertama Baginda juga mengajarkan kepada umat Islam tentang pentingnya redha terhadap ketentuan Allah SWT dan bahwa segala yang terjadi adalah atas izin dan kehendak-Nya.

nabi muhammad sawRasulullah SAWummu hani
https://lomp.at/86utl
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Foto - @bulan_ramadhan2026_ (IG)
Islamik

6 Perkara Yang Kamu Perlukan Sebagai Persediaan Menyambut Bulan Ramadan

by Nurul A.
February 17, 2026

Tak dinafikan ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan bulan Ramadan. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara