Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Ini Petua Pilih Daun Limau Purut Untuk Elak Pahit Dalam Masakan

by Aphit J.
August 17, 2020
via Butter Kicap

via Butter Kicap

Share on Facebook

Memasak menggunakan daun limau purut tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Aroma yang terhasil daripada daun limau purut amat sesuai digunakan dalam masakan tomyam, paprik, rendang, masakan berasaskan thai, kerabu dan ada juga yang meletakkan hirisan daun limau purut dalam bihun goreng.

Menurut perkongsian Nasrah Zamzam di halaman Facebooknya, daun limau purut mempunyai beberapa bentuk dan ini adalah cara untuk memastikan daun limau purut agar tidak menghasilkan rasa pahit dalam masakan.

Memilih Daun Yang Berbentuk Lapan

via CDN Rasa

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa daun limau purut mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Ada daun limau purut yang jenis besar dan ada yang mempunyai saiz kecil. Bagi mengelakkan rasa pahit dalam masakan, pilihlah daun yang berbentuk angka lapan dan elakkan daun berbentuk lebar.

Membuang Urat Tengah Daun

via Rasa

Selain pemilihan bentuk daun, amatlah digalakkan untuk anda membuang urat tengah daun sebelum meletakkan dalam masakan. Urat daun ini bukan sahaja menggangu masakan anda, malah ianya akan memberikan rasa yang pahit dalam masakan.

Memasukkan Daun Limau Purut Di Akhir Masakan

via Butter Kicap

Bagi yang sukakan aroma daun limau purut, anda boleh memasukkan daun limau purut pada minit terakhir masakan anda. Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan daun dimasak dalam tempoh yang lama dan rasa pahit keluar dari daun limau purut.

Hiriskan Daun Limau Purut Dalam Saiz Yang Kecil

via BP Blogspot

Untuk anda yang rasa terganggu dengan kehadiran daun limau purut dalam masakan, tetapi dalam masa yang sama mahukan aromanya, anda boleh mencuba memotongnya dengan saiz yang agak nipis dan kecil. Pastikan membuang dulu urat tengah, kemudian masukan dalam masakan, pasti anda boleh memakannya tanpa ada rasa gangguan.

Jadi untuk anda yang suka akan aroma daun limau purut, boleh cuba petua di atas untuk mengelakkan masakan anda menjadi pahit.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
elak pahit daun limau purutmasakan menggunakan daun limau purutpetua hilangkan pahit masakan
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara