Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Ini Sebab Mengapa Pasport & MyKad Bakal Berwajah Baharu Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026
passport malaysia

passport malaysia

32
KONGSIAN
Share on Facebook

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi. Penambahbaikan ini termasuk reka bentuk dan ciri keselamatan baharu bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen, selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, inisiatif ini termasuk membanteras pemalsuan MyKad, sekaligus meningkatkan kebolehpercayaan dokumen negara.

“Selepas satu tempoh tertentu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperkenalkan ciri baharu pada dokumen pengenalan diri yang lebih selamat dan relevan dengan peredaran zaman,” katanya pada Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri, hari ini.

Image
Via thread/ akaun rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Kedudukan Antarabangsa Untuk Pasport Malaysia

Pasport Malaysia kini berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia, diukur berdasarkan tahap kebebasan perjalanan tanpa visa yang dinikmati pemegangnya.

Pembaharuan ini bukan sahaja mengekalkan kedudukan tersebut, malah meningkatkan ciri keselamatan bagi memastikan dokumen lebih sukar dipalsukan.

“Namun, kita akan memiliki pasport berwajah baharu untuk rakyat Malaysia dalam tempoh enam bulan dari sekarang dengan ciri keselamatan diperketatkan,” tambah Saifuddin.

Dokumen Penting Perlu Setaraf Teknologi Kini

Inisiatif ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengemaskini dokumen penting negara agar relevan dengan teknologi terkini dan lebih selamat. Ianya bukan sekadar penampilan baharu, tetapi memastikan rakyat Malaysia memiliki dokumen pengenalan diri yang moden, dipercayai, dan lebih sukar dipalsukan.

Penambahbaikan dokumen pengenalan diri dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu bertujuan  memperkukuh tahap keselamatan dokumen berkenaan selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk bagi membanteras pemalsuan MyKad.

Gambar sekadar hiasan, dihasilkan oleh AI

Garis Masa & Pelaksanaan Tersusun

Kerajaan menetapkan tempoh enam bulan untuk memperkenalkan dokumen baharu dibantu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN),  Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman bagi memastikan semua prasyarat mencapai sasaran pengeluaran untuk pasport dan kad pengenalan itu dapat dipenuhi mengikut garis masa ditetapkan.

Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Mykad Dan Passport Masih Sah Hingga Tamat Tempoh

Saifuddin menekankan rakyat tidak perlu berpusu-pusu memperbaharui dokumen sedia ada kerana pasport dan MyKad lama masih sah digunakan sehingga tamat tempoh.

Ini bagi memastikan tiada kekeliruan atau tekanan kepada rakyat sementara dokumen baharu sedang diperkenalkan.

“Pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara,” katanya.

MyKadpassport
https://lomp.at/voab5
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Nasi Mekdi Jadi Penyelamat? 50,000 Pek Disalur Kepada Mahasiswa

by Ayu Kamaruddin
February 24, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar....

Read moreDetails
Insentif

RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

by Ayu Kamaruddin
February 27, 2026

Berita baik buat semua rakyat Sabah, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2026 diteruskan lagi tahun ini dengan bayaran RM200 sebulan,...

Read moreDetails
Insentif

Hafaz 30 Juzuk Boleh Dapat RM4,500, MAIWP Tawar Insentif Lumayan Untuk Para Huffaz

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Berita baik buat para huffaz di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April, Pahang Dah ‘Start’ 2 Hari Seminggu, Ini Perkara Penting Rakyat Kena Tahu

by Ayu Kamaruddin
April 2, 2026

Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) kini kembali jadi perhatian apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaannya bermula 15 April ini, melibatkan kementerian dan...

Read moreDetails
Insentif

Berita Baik Buat Usahawan Wanita Kelantan, Ini Cara Mohon Tabung RM2,500 Untuk Naik Taraf Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Golongan usahawan wanita di Kelantan kini mempunyai satu lagi peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing apabila permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara