Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

by Ayu Kamaruddin
December 29, 2025
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai sangka untuk sambung belajar, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu tinggalkan tugasan atau duduk semula dalam kelas bertahun-tahun. Hakikatnya, menerusi Work Based Learning (WBL) 2.0, pengalaman kerja sebenar kini boleh terus ditukar menjadi diploma yang diiktiraf.

Via facebook/ Kementerian Pertahanan Malaysia

Program strategik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ini membuka peluang kepada anggota lain-lain pangkat (LLP) untuk meningkatkan kelulusan akademik secara fleksibel, selari dengan jadual dan tanggungjawab perkhidmatan.

Ringkasnya, pengalaman bertahun-tahun di medan tugas bukan lagi sekadar memori, tetapi diangkat sebagai kelayakan akademik rasmi.

Pengalaman 10 Tahun Ke Atas Terus Diiktiraf, Ini Yang Bezanya WBL 2.0

Melalui kerjasama MINDEF bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), WBL 2.0 membolehkan anggota ATM menukar pengalaman kerja, kursus ketenteraan dan latihan kepada jam kredit akademik menerusi sistem Joint Service Transcript (JST).

Menurut Berita Harian, Penyelaras WBL Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel Dr Siti Haizam Mohd Zin berkata,

“Melalui pemetaan kompetensi secara sistematik bersama IPT terpilih, pengalaman kerja sebenar anggota yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun diiktiraf sebagai setara dengan keperluan akademik bagi penganugerahan kelayakan diploma tanpa penambahan sesi pembelajaran konvensional.”

Via facebook/ Kementerian Pertahanan Malaysia

Sekiranya terdapat jurang pembelajaran minimum, ia ditangani secara fleksibel melalui kursus micro-credential dan top-up university, bukan kelas penuh yang memenatkan.

Bukan Sekadar Sijil, Tapi ‘Backup Plan’ Lepas Bersara

Apa yang buat program ini benar-benar relevan, bukan sekadar tambah sijil dalam fail peribadi. Penganugerahan diploma berdasarkan skop kerja dan kepakaran anggota dijangka meningkatkan laluan kerjaya semasa perkhidmatan, selain kebolehpasaran selepas bersara.

Menurut Dr Siti Haizam lagi, pendekatan ini membantu memperkukuh keupayaan kognitif, kompetensi serta etika kerja anggota secara menyeluruh, ringkasnya, naik pangkat ilmu dan profesionalisme sekali gus.

[VIDEO] Pelajar Dikatakan Tak Sensitif, UITM Beri Penjelasan

Angka Yang Membuktikan WBL 2.0 Bukan Sekadar Idea

Sepanjang 2025, pelaksanaan WBL 2.0 mencatat sambutan memberangsangkan:

  • 230 anggota ATM mengikuti program diploma di UPNM
    (Tentera Darat, TLDM dan TUDM)
  • 231 anggota pula sedang mengikuti pengajian diploma di UiTM

Antara bidang ditawarkan termasuk:

  • Diploma Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Logistik
  • Diploma Teknologi Pertahanan
  • Diploma Seni Kulinari & Pengurusan Hotel
  • Diploma Pendidikan Islam dan Pengajian Sukan

Pendek kata, pilihan lebih meluas ikut kepakaran masing-masing.

Langkah Ke Arah ‘Angkatan Masa Hadapan’

Secara keseluruhan, WBL 2.0 bukan sekadar program pendidikan, tetapi sebahagian daripada transformasi ATM ke arah Angkatan Masa Hadapan, anggota cekap operasi, kukuh akademik dan bersedia untuk fasa kehidupan seterusnya.

Anggota ATMdiplomaMINDEFUitmUPNMWBL 2.0
https://lomp.at/i3w6a
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

by Nurul A.
February 19, 2026

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA One-Off)...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  4. 4

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

  5. 5

    Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara