Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Inspirasi! Kehidupan Lelaki Ini Berubah Kerana Siti Nurhaliza

by Khai Azfar
October 26, 2018
Share on Facebook

Semalam tular di media sosial mengenai perkongsian kisah hidup seorang netizen yang mengharungi pelbagai kepayahan suatu ketika dahulu dan kini berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana.

View this post on Instagram

A post shared by Ridzuan Khalid (Mr.RK) (@ridzuan2021)

Sara Kehidupan Dengan Menjual Kuih Bangkit

Lelaki ini yang dikenali sebagai Ridzuan Khalid,35 menurutnya sebelum ini sekadar membantu ibunya yang dikenali sebagai Opah Sapiah memenuhi tempahan kuih bangkit. Dari situ, hasil pendapatan yang diterima, dia gunakan untuk sambung  belajar meskipun pada mulanya ibu Ridzuan agak sedikit keberatan kerana risau simpanan yang ada tidak mampu menampung kos nya untuk belajar. Meskipun terpaksa berjimat, Ridzuan nekad meneruskan impiannya.

Bermula Sebagai Hadiah Kepada Siti Nurhaliza

Tidak lama kemudian, siapa sangka bermula daripada pemberian kuih bangkit sebagai hadiah kepada penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, kehidupan Ridzuan sekeluarga bagaikan menerima satu impak yang besar. Manakan tidak, sejak penyanyi Anta Permana itu berkongsi di Instagram nya mengenai pemberian kuih Bangkit dari Ridzuan sekeluarga, pelbagai tempahan kuih itu seperti tidak putus-putus diterima penangan ‘hadiah’ tersebut. Malah ibunya juga turut menangis terharu kerana menerima impak yang sedemikan rupa.

Ketika dihubungi murai.my, Ridzuan berkata pernah satu ketika pada 2017, dia menerima hampir 3000 balang tempahan kuih Bangkit sehingga terpaksa menolak sesetengah tempahan memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan cara pembuatannya pula mengikut teknik traditional. Tambahnya lagi, hasil pendapatan yang diperolehi tidaklah dibelanjakan sebegitu sahaja sebaliknya digunakan untuk badan-badan kebajikan yang disertainya.

” Bagaikan mimpi! Pada mulanya saya hanya menjual kuih ini pada kawan-kawan sahaja. Namun Sejak Tokti post di Instagram nya, saya terasa bagaikan sebuah mimpi kerana tempahan yang diterima begitu menggalakkan sehingga pernah cecah 3000 tempahan. Ada yang terpaksa kami tolak kerana cara pembuatannya adalah mengikut teknik traditional”

Dedikasikan Ijazah Sarjana Dan Anugerah Buat ‘TokTi’

Baru-baru ini, Ridzuan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Hospitality Management. Lebih manis, pelajar Universiti Teknologi MARA ini bukan sahaja berjaya menamatkan pelajaran malah turut menerima Anugerah Sarjana Cemerlang atas keputusannya yang cemerlang sepanjang belajar.

Bagi Ridzwan, pencapaiannya ini begitu bermakna dan turut didekasikan buat penyanyi kesayangannya itu.  Siti yang turut bangga dengan pencapaiannya itu, merakamkan ucapan tahniah serta ingin lagi menempah kuih bangkit hasil air tangan dia dan ibunya. Untuk Ridzwan, tahniah kami ucapkan! Semoga kisah anda ini menjadi inspirasi buat masyarakat diluar sana.

Datuk Aliff Syukri Dakwa Siti Nurhaliza Beli Beg Sebab Kasihan-"Saya Menjual Sambil Terjerit-Jerit"
datuk seri siti nurhalizaKuih Bangkit Opah Sapiah
https://lomp.at/820q1
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara