Saturday, August 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Intan Sarafina Dedah Punca Hanya Bertahan Selama 8 Bulan Jadi Pramugari

by Phic ARMAN
January 30, 2020
165
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin semua  bersetuju sekiranya Murai MY mengatakan kehidupan sebagai pramugari atau pramugara umpama selebriti yang sinonim dengan dunia ‘glamor’. Namun tak semua orang beranggapan kehidupan seorang pramugara dan pramugari seindah itu.

Hal ini telah dikongsikan oleh penyanyi Intan Sarafina bekas pramugari di syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia yang berkhidmat pada awal tahun 2004/2005.

Menerusi temubual eksklusif bersama Zarul Umbrella di saluran Youtube-nya, Intan berkata dia hanya bertahan tak sampai setahun bergelar pramugari sebelum meletakkan jawatan.

Berikut 3 alasan yang dikongsikan oleh Intan menerusi temubual tersebut.

Tak Seindah Seperti Yang Disangka

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???????? (@intansarafina)

Menurut Intan, bekerja di awan biru tidaklah seindah yang disangka. Sebelum dia mula bekerja sebagai pramugari di AirAsia, dia membayangkan kehidupan seorang pramugari yang boleh melancong ke pelbagai negara, namun sangkaannya meleset.

Intan berkata, sewaktu dia berkhidmat pada awal AirAsia ditubuhkan, krew penerbangan tidak berkesempatan untuk mengunjungi atau tinggal di destinasi yang ditujui. Mereka hanya berada di sekitar lapangan terbang dan menunggu waktu penerbangan pulang ke tanahair.

“Kecewa sebenarnya, mula-mula ingat ada ‘Next Stop’ macam normal syarikat penerbangan yang lain, tapi rupanya tidak ada. Semuanya, ‘Daily Flight’ jer.. jadi tak sempatlah nak pergi mana-mana, sebab tak boleh keluar dari lapangan terbang pun”- katanya

Hampir Kemalangan Kerana Kepenatan

Selain itu, Intan memberitahu antara sebab dia hanya bertahan tak sampai setahun bergelar pramugari adalah kerana faktor masa. Kebiasaannya rutin harian Intan bekerja seawal 4 pagi dan pulang lewat malam. Dalam tempoh yang sangat panjang, Intan merasakan ia sangat memenatkan.

Lebih menakutkan, Intan pernah hampir mengalami kemalangan kerana tertidur semasa memandu kereta pulang dari bekerja.

“Saya kena memandu ke tempat kerja sangat awal, kena dengar taklimat dulu, kena bangun pukul 4 pagi, memang memenatkan. Saya pernah terlelap semasa memandu pulang dari bekerja, nasib baik tak berlaku kemalangan”- ujarnya.

Susah Dapat Cuti

Tambahnya lagi, bekerja sebagai pramugari agak susah untuk memohon cuti lagi-lagi cuti umum. Jadi hal ini membuatkan sulit untuk Intan merancang percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

“Dari segi cuti, memang susah sikit, sebab Public Holiday memang tak dapat cuti, kadang-kadang kena fly. Kalau nak plan pergi mana-mana memang susah, kena pandai cari kawan sekerja untuk ganti”- katanya.

Walaubagaimanapun, Intan memberi nasihat kepada sesiapa yang mahu memulakan karier sebagai pramugari dan pramugara supaya bersedia menerima segala tanggungjawab yang diberikan.

Terima kasih kepada Zarul kerana berkongsi tentang info menarik ini. Banyak lagi kandungan yang menarik di paparkan pada setiap video di laman Youtube Zarul. Tunggu apa lagi, jangan lupa Subscribe  Youtube Zarul Umbrella.

https://lomp.at/ggdcj
Share68Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  2. 2

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  5. 5

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem