Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Teruk Dikecam, Iqbal Zulkefli Tampil Pertahankan Zul Ariffin

Iqbal turut meminta orang ramai untuk tidak melupakan sisi baik Zul Ariffin

by Naddy Joe
March 22, 2022
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil mempertahankan pelakon , Zul Ariffin yang teruk dikecam berikutan kontroversi video panas yang membabitkan dirinya baru-baru ini.

Tidak Sanggup Lihat Zul Ariffin Dikecam

Menerusi Insta Stories, Iqbal akui dirinya tidak sanggup melihat Zul yang terus dikecam dan  merasakan pelakon kacak itu memerlukan sokongan daripada orang lain.

“Saya tidak sanggup lihat @zul_ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari penggambaran saya bersama beliau dan setiap hari saya belajar ikut menjadi orang yang tenang seperti beliau.

Tapi kali ini apabila beliau perlukan semangat, saya rasa bersalah, meskipun mulut dan riak wajahnya tetap senyum padahal saya tahu dia memerlukan sokongan.”- dedah Iqbal

“Inilah Artis Yang Paling Tenang” – Iqbal 

Tambah Iqbal, dia menyifatkan Zul sebagai seorang selebriti yang paling tenang serta meminta orang ramai untuk tidak melupakan sisi baiknya.

“Inilah artis yang paling tenang, dan bersikap terbuka yang saya kenal. Dia bukan orang yang banyak kerenah. Dia orang baik, pemurah.

Biarlah sejuta orang memberi hentaman, tetaplah kita pilih untuk menjadi penguat di kala orang memerlukan semangat. Tidak membenarkan hal yang tidak manis, tetapi jangan lupa sisi baiknya.”-katanya

Terdahulu, Instagram Zul telah diserang netizen selepas memuatnaik babak panas drama lakonannya yang dilihat mendukung pelakon Siti Hariesa dalam aksi yang mengairahkan.

Topik Berkaitan Komen Penampilan DSV, Cik B 'Rengsek' Dengan Iqbal Zulkefli- "Attention Seeker!"

Video panas itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk yang bakal memanggil produksi dan pelakon yang terlibat dalam drama ‘Perempuan Itu’.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahmad Iqbal ZulkefliZul Ariffin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  5. 5

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara