Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ismail Izzani & Naim Daniel Jadi Hos ‘Muzik Jam’

by Phic ARMAN
March 30, 2018
Share on Facebook

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program muzik online terbaharu yang seumpamanya, ‘Muzik Jam’ menampilkan YouTuber yang bakal bersaing sesama mereka di mana penyanyi dengan undian yang tertinggi meneruskan saingan berikutnya.

Ismail Izzani dan Naim Daniel Sebagai Hos

Program ini dihoskan oleh dua penyanyi berbakat dan menyerlah ketika ini iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel dengan episod web pertama telah disiarkan secara langsung pada 28 Mac 2018 pada jam 8.30 malam di www.hurr.tv. Program ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Rabu untuk jumlah keseluruhan enam episod web sehingga 2 Mei 2018.

Tema Setiap Minggu

Untuk setiap episod web, ‘Muzik Jam’ akan menampilkan dua YouTuber yang diberikan peluang untuk menonjolkan kekuatan vokal mereka dengan menyanyi akustik secara langsung bagi lagu yang telah ditetapkan tema pada setiap minggu membabitkan genre berbeza antaranya balada, pop atau rock.

View this post on Instagram

A post shared by ????.?? (@hurr.tv)

Pada siaran secara langsung itu, penonton memainkan peranan penting untuk membuat undian bagi menentukan YouTuber kegemaran yang bakal muncul sebagai pemenang mingguan melalui undian yang dilakukan secara langsung.

Pemenang pada minggu tersebut akan bersaing dengan YouTuber berbeza mengikut lagu yang telah ditetapkan tema pada episod seterusnya. Setiap episod memerlukan penonton untuk mengundi siapakah yang layak kekal di pentas ‘Muzik Jam’. Pemenang pada setiap minggu berpeluang untuk berduet secara langsung bersama hos mingguan di penghujung setiap episod web.

YouTube video

Minggu pertama yang disiarkan pada 28 Mac 2018 menyaksikan dua YouTuber yang bersaing adalah Yazmin Aziz dan Sheryl Syazwanie dengan hos pada malam itu adalah Ismail Izzani. Yazmin telah menyanyikan lagu berjudul ‘Marry You’ oleh Bruno Mars manakala Sheryl menyanyikan lagu berjudul ‘Perfect’ oleh Ed Sheeran.

Undian secara langsung pada malam itu berpihak kepada Yazmin Aziz yang muncul sebagai peserta kegemaran dan bakal bersaing dengan YouTuber lain pada 4 April 2018. Di akhir rancangan itu, Yazmin turut berduet bersama hos Ismail Izzani menyanyikan lagu ‘Demi Kita’.

“Muzik adalah satu elemen universal yang digemari pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, program ini merupakan sebuah kandungan segar dan terkini yang kami percaya mampu membuatkan penonton lebih menghargai bakat-bakat tempatan.

‘Muzik Jam’ adalah platform terbaik bagi YouTuber terlibat untuk lebih dikenali serta didengari dan dalam masa sama memperluaskan lagi pengaruh mereka untuk mendekati penonton baharu. hurr.tv juga adalah saluran online pertama yang memberikan peluang kepada YouTuber untuk bersaing sesama mereka. Siapa sangka, mungkin ini adalah detik perubahan bagi mereka untuk lebih dikenali,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Tujuh YouTuber yang bakal ditampilkan pada rancangan ini adalah izzaizzaa dan Mimi Nazrina.

‘Muzik Jam’ dibawakan oleh muca dan MyMotor. Pastikan anda menonton ‘Muzik Jam’ setiap hari Rabu, 8.30 malam eksklusif hanya di hurr.tv dan undi penyanyi kegemaran anda! Saksikan episod web pertama di sini.

Naim Daniel Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Netizen Pelik Belum Keluarkan Kenyataan Rasmi
alyssa dezekAqeesh AleeyElaine Dalyhurr.tvIsmail Izzanimuzik jamnaim danielSarah SuhairiShahida SupianSheryl SyazwanieYazmin Aziz
https://lomp.at/n7w1t
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara