Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

 Israel Berhabis RM275.36 Bilion Untuk Hancurkan Gaza, Dikategorikan Perang Termahal Namun Gagal Tewaskan Hamas

by Puteri Alia
January 12, 2024
Share on Facebook

Israel sudah berhabis RM275.36 bilion dalam ‘pembantaian’ di Gaza, namun objektif perang mereka masih belum tercapai.

Menurut sumber, kos perang Israel ke atas Gaza kini mencapai hampir RM278.61 bilion sekali gus menjadikan misi Zionis itu perang termahal.

“Ini termasuk bajet perang itu sendiri serta pelbagai bentuk bantuan kewangan untuk setiap orang awam yang menyaksikan pendapatannya berkurangan kerana konflik,” kata akhbar itu.

Akhbar itu berkata, kira-kira 125,000 penduduk dipindahkan dari utara dan selatan yang turut menelan belanja berbilion-bilion.

“Belanjawan negara melihat pada defisit RM139.30 bilion yang memerlukan pemotongan bajet dan kenaikan cukai sehingga melebihi RM83.58 bilion yang akan dirasai dengan jelas dari segi kualiti hidup dan pengurangan perkhidmatan untuk orang awam Israel secara amnya ,” katanya.

Akhbar harian Israel itu berkata, kebanyakan objektif ditetapkan kerajaan Israel untuk perang Gaza masih belum tercapai terutama kegagalan mereka menewaskan Hamas dan membebaskan tebusan.

“Satu lagi matlamat masih sukar difahami ialah pembunuhan komander paling kanan Hamas.

“Hamas terbukti lebih mahir dalam mengenali dan merungkai perangkap letupan serta keboleh gerakan lebih cekap untuk mengelak serangan hendap dan memindahkan mangsa cedera,” lapor akhbar itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gazaisrael
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara