Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Israk Solutions Optimis Jalin Kerjasama Bangun Sektor Pendidikan di Selangor

by Phic ARMAN
July 20, 2023
Simbolik kerjasama, MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Ahmad Najib Habeb (kiri) di smartboard Arvia

Simbolik kerjasama, MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Ahmad Najib Habeb (kiri) di smartboard Arvia

Share on Facebook

Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.

Ia seiring dengan usaha serta komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa pendidikan dan membina hubungan sinergi antara sektor berkenaan dengan industri teknologi memberi impak positif kepada masa depan pendidikan negara.

Sesi pembelajaran menggunakan smartboard di SMK Pengkalan Permatang

Ini terbukti dengan peningkatan prestasi secara keseluruhan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022.

Antara kerjasama terkini yang harus diberi galakan adalah di antara Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Selangor (SSTP) dengan syarikat terbabit.

Dalam kerjasama dicetuskan, Israk Solutions berperanan sebagai perunding pakar teknologi maklumat dan turut menyediakan program latihan yang dikenali sebagai Arvia Certified Educator (ACE).

Menurut Pengarah Urusan Israk Solutions Sdn Bhd, Ahmad Najib Habeb berkata, program berkala ini direka khas bagi memberi peluang kepada guru dan pendidik untuk belajar, mengalami, dan mengaplikasikan penggunaan alat bantu mengajar.

Pengarah Urusan Israk Solutions Sdn Bhd, Ahmad Najib Habeb

“Terutamanya penggunaan papan pintar interaktif. Justeru, kami sangat berharap bahawa inisiatif ini akan lebih memperkukuh penggunaan teknologi dalam pendidikan dan memberikan manfaat yang besar kepada guru dan pelajar di Selangor.

“Kerjasama ini merupakan langkah ke hadapan dalam memenuhi keperluan penghadapan pendidikan. Boleh layari www.israk.my untuk lanjutan,” kata Ahmad Najib Habeb ketika berlangsungnya majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Selayan Baru 6 Julai lalu.

Terdahulu pada majlis sama, turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan Selangor.

Malah sebagai inisiatif yang menyokong usaha itu, Selangor turut mewujudkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) yang menyediakan fasiliti dan kemudahan pembelajaran mengikut keperluan industri terkini.

Sesi taklimat dan latihan Arvia Certified Educator (ACE) kepada guru di SMK Kompleks KLIA

Antara kursus yang ditawarkan di STDC ialah Teknologi Maklumat, Automotif, Elektronik, Elektrik, Kulinari, Motosikal, Tekstil Pakaian dan lain-lain.

“Selangor mempunyai bilangan sekolah dan institusi pendidikan yang paling banyak di Malaysia.

“Justeru perkembangan sektor pendidikan harus diberi keutamaan kerana ia akan menjadi tarikan kepada pelabur luar.

“Kita turut mahu menggalakkan kerjasama antara sektor pendidikan dan industri teknologi tempatan,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Zainal Ismail yang menyuarakan sokongannya terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan pendigitalan dalam pendidikan kerana ia telah terbukti sangat membantu guru dalam mengukuhkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid ketika sesi PdPc berlangsung.

Simbolik kerjasama, MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Ahmad Najib Habeb (kiri) di smartboard Arvia

“Ia juga adalah selaras dengan salah satu teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah,” kata Zainal Ismail.

Untuk makluman beberapa buah Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan telah pun mengunakan teknologi smartboard Arvia ini. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang smartboard ini boleh mengunjungi pautan ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Israk Solutions
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara