Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Isu Hak Cipta Lagu 4U2C: Man Senoi dan Mama Rap Sedia Berbincang Tanpa Libatkan Mahkamah

by Aphit J.
June 28, 2025
Share on Facebook

Sebelum ini, kumpulan rap legenda 4U2C bakal kembali ke pentas utama menerusi konsert eksklusif WE 4U2C pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya, selepas hampir tiga dekad menyepi.

Mengubat Rindu Peminat

Bertemakan ‘Bringin’ Back Da 90’s Flava’, konsert ini dijangka mengubat rindu peminat dan mencetuskan fenomena baharu menerusi gabungan persembahan muzik dan visual moden yang memaparkan perjalanan seni mereka.

Menurut Harian Metro, Datuk AC Mizal menyatakan konsert ini merupakan impiannya sejak dahulu dan tercetus daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum direalisasikan oleh penganjur Juss Event Sdn. Bhd.

Atas pengumuman tersebut, komposer dan penerbit muzik, Man Senoi dan isterinya Mama Rap menyatakan mereka bersedia untuk berbincang dengan pihak penganjur konsert WE 4U2C Live in Concert berhubung isu hak cipta lagu-lagu kumpulan 4U2C.

Masih Belum Dihubungi

via Harian Metro

Pasangan ini merupakan pemilik hak cipta ke atas 25 lagu nyanyian kumpulan tersebut.

Menurut Man Senoi, mereka masih belum dihubungi oleh pihak penganjur konsert yang dijadual berlangsung pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Namun, mereka terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan isu ini secara damai tanpa melibatkan tindakan undang-undang.

Setakat ini, tiada sebarang pihak yang menghubungi kami.

Kami bersedia berbincang secara profesional agar perkara ini tidak perlu dibawa ke mahkamah.

Undang-undang hak cipta termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987.

Tanpa kebenaran kami, sebarang penggunaan lagu tetap menyalahi undang-undang.

Kalau konsert diteruskan tanpa persetujuan kami, mereka harus tanggung akibatnya.

Perlu Mendapatkan Hak Cipta Terlebih Dahulu

via Xtra

Menurut Harian Metro, keputusan tidak membenarkan lagu-lagu itu dinyanyikan adalah kerana kesemua 25 lagu tersebut adalah hasil ciptaan mereka, termasuk rakaman asal.

Oleh itu, tiada pihak lain yang boleh menggunakannya tanpa kebenaran bertulis daripada mereka berdua.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, Datuk AC Mizal yang merupakan ketua kumpulan 4U2C telah melantik pihak bertanggungjawab menguruskan soal hak cipta mengikut saluran yang betul.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
4u2c
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  5. 5

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara