• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Isu Saman: Achey Sedih, Mahu Balu Arwah Abam & Ali Puteh Berbaik

by Khai Azfar
August 28, 2020
Share on Facebook

Baru-baru ini media tempatan melaporkan isu saman-menyaman antara balu pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali  dan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh. Susulan itu, kes tersebut turut mendapat perhatian rakan baik Allahyarham, Achey.

Sudah Beri Nasihat 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu itu, menurut Achey dia akui sudah menghubungi kedua-dua belah pihak. Namun, jelasnya dia hanya mampu memberi nasihat dan mengharapkan agar Hidayah dan Ali dapat menemui jalan perdamaian.

” Saya dan Fad sering menghubungi kedua-dua belah pihak. Kalau boleh selesaikanlah secara baik dan damai bolehlah kita bermesyuarat. Dalam Islam, bila kita bermesyuarat pasti kita ada cadangan. Tetapi perlu ingat cadangan itu bukanlah keputusan.

Bila saya dan Fad beri cadangan antara satu pihak ke satu pihak, tetapi  keputusan tidak mengikut yang kami cadangkan, kami tidak boleh buat apa-apa” kata Achey kepada Murai.my

Serahkan Keputusan Kepada Hidayah Dan Ali

Dedah Achey, sama ada dia mahupun Fad kedua-dua mereka enggan berlebihan di dalam kes ini kerana sedar akan status mereka hanya sekadar sahabat karib kepada Arwah Abam.

“Dalam situasi ini siapa saya dan Fad? Saya tidak boleh masuk campur sangat hal ini. Saya hanya ada hubungan persahabatan yang tak terjangkau dengan arwah. Apa yang saya perlu jaga adalah kebajikan kepada Arwah, anak arwah dan ibu kepada Arwah.

Antara Ali dan Hidayah, atau kes yang tak perlu libatkan saya, saya minta maaf kepada orang – orang yang meminta saya membantu. Saya bukan tak bantu, tapi sudah pun menasihati dan keputusan itu di tangan mereka” tambahnya lagi.

Achey mengulas hal itu selepas ramai pihak termasuk netizen yang melahirkan hasrat agar dia dan Fad menjadi ‘orang tengah’ supaya kemelut antara Ali dan Hidayah dapat di selesaikan secara baik.

[VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur

Achey ditemui Murai.my ketika di majlis pelancaran filem televisyen (FTV) Frontliner yang turut dibintangi Achey sebagai salah seorang pelakon utama. Selain Achey, antara pelakon yang membintangi FTV ini adalah Beto Kusyairi, Azhan Rani, Emma Maembong, Wan Maimunah, Farah Yusof, Meerqeen dan ramai lagi.

acheyAli PutehSiti Norhidayah Mohd Ali
https://lomp.at/z3az9
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore