Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Bekas Isteri Presiden Amerika Syarikat, Ivana Trump Meninggal Dunia

Bekas isteri mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Ivana Trump dilaporkan meninggal dunia.

by Arsiqin Yusof
July 15, 2022
Share on Facebook

Bekas isteri mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Ivana Trump dilaporkan meninggal dunia.

Memetik laporan BBC, Ivana, 73, dipercayai meninggal dunia mungkin secara tidak sengaja dan pihak berkuasa menemui mendiang dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran tangga di kediamannya di New York.

“Dia Wanita Hebat…”

Trump tampil berkongsi kata-kata di media sosial bagi menggambarkan perkara baik berkaitan bekas isterinya itu.

“Dia wanita hebat, cantik dan menakjubkan, dia memberi banyak inspirasi sepanjang hidupnya,” tulis beliau.

NEW YORK, NY – CIRCA 1987: Ivana Trump and Donald Trump circa 1987 in New York City. (Photo by PL Gould/IMAGES/Getty Images)

Imbas Kembali

Mendiang dilahirkan di Czech Republic dan berkahwin dengan bekas presiden itu pada tahun 1977. Bagaimanapun, rumah tangga mereka menemui titik noktah 15 tahun kemudian pada 1992.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga cahaya mata iaitu Donald Jr, Ivanka dan Eric Trump.

Selepas berpisah dengan Trump, Ivana membawa haluan hidupnya sendiri dengan melancarkan jenama kecantikan, pakaian dan barang kemas.

Donald Trump merupakan suami dalam perkahwinan kedua Ivana selepas berpisah dengan Alfred Winklmayr sebelum itu.

Kredit Foto Utama: Getty Image & GOBankingRates

Ivana Trump
https://lomp.at/d3ctf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore