Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Umum Letak Jawatan! Izwan Azir Kini Sah Jadi Setiausaha Akhbar Menteri Baru

by Phic ARMAN
July 3, 2018
Share on Facebook

Satu berita yang mengejutkan dari penyampai TV senior, Izwan Azir Salleh malam tadi.  Siapa yang tak kenal dengan jejaka segak ini kerana wajahnya sering muncul di Buletin Utama sebagai pembaca berita sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah sebelum ini Izwan juga pernah dikecam netizen akibat daripada isu politik sebelum ini. Namun, Izwan terus tabah dan terus melaksanakan tugas dengan baik.

Letak Jawatan

Bak kata orang di setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Semalam, Izwan melakukan tugas buat kali terakhir apabila dia telah meletak jawatan pada jumaat lalu. Berita itu telah disahkan sendiri oleh Izwan ketika Buletin Utama bersiaran secara langsung.

Umum perletakan jawatan selepas 16 tahun berkhidmat

https://www.youtube.com/watch?time_continue=101&v=NE4SIclIGug

Bermula dengan kosong, ternyata Izwan telah banyak menimba ilmu sepanjang dia bekerja di bahagian berita. 16 tahun merupakan waktu yang sangat lama dan bagi Izwan, ini merupakan masa yang sesuai baginya untuk melakukan suatu yang baru. Lihat video tribute khas Izwan diatas.

Jadi Setiausaha Akhbar Menteri

Teman sekerjanya, Mior Abdul Malek Raiyani turut meluahkan rasa sedih di atas berita ini. Mior berkata, setelah 16 tahun, Izwan tidak lagi bersama mereka di Buletin Utama kerana dia telah mendapat kepercayaan berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada seorang Menteri yang baru mengangkat sumpah.

“Secara Jujurnya rujukan saya sebagai penyampai berita ialah beliau. Kredibiliti beliau juga adalah dambaan produksi berita dan rujukan wartawan dan penyampai.” kata Mior menerusi Instagram miliknya.

Foto: Cempedak Cheese

Dalam satu kenyataan yang berbeza, salah seorang temannya yang dikenali sebagai Amanda Lopez berkata, Izwan selepas ini akan  menjadi setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.

Hisyam Hamid Kantoikan AMT2025, Netizen Dakwa Sengaja Pilih Bella Astillah Sebagai Penyampai

Seramai 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri pada hari semalam (2 Julai 2018) mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Buletin UtamaDarell Leikingizwan azir salehMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industritv3Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
https://lomp.at/ysww8
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang..”-Kamal Adli

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan salah seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan namanya dan memuatnaik klip video...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fazura Bersyukur Dapat Tunai Impian Fatima Ke Disneyland Paris

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas menunaikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti di taman...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore