Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Jadi Kontroversi! Ini Butiran Perkahwinan Illi Najwa & Manpreet Singh

by Khai Azfar
December 22, 2020
Share on Facebook

Sejak minggu lalu nama Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar menjadi bualan hangat di media sosial setelah melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

Majlis Resepsi Jadi Kontroversi 

Difahamkan kisah perkahwinan mereka menjadi tumpuan selepas majlis resepsi yang diadakan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain. Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dan majlis resepsi itu diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Dalam majlis perkahwinan mereka, Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi kelihatan menawan dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan status agama mereka termasuk Illi yang sememangnya beragama Islam ketika pasangan ini melakukan upacara tersebut.

Illi Mohon Maaf, Masih Beragama Islam 

Susulan daripada itu, memetik laporan Malayzia Gazette Illi tampil memohon maaf dan mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya. Malah, wanita yang berasal dari Johor ini turut memohon maaf kepada keluarganya berikutan isu tersebut yang menjadi kontroversi di media sosial.

via tribunews

Menurut Illi, suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam sebuah majlis tertutup. Tegasnya lagi, dia tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa dan sijil pernikahan mereka akan diperoleh pada Rabu depan.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” katanya seperti dipetik laporan berkenaan

Mengenai video itu, Illi berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka namun ianya telah ditularkan oleh media dan berada di luar kawalan. Akui tidak gembira dengan perkara itu, suaminya juga meminta kenyataan sensitif berkenaan ditarik balik kerana sedar akan akibatnya.

YouTube video

Dikhabarkan melaporkan kerajaan akan memanggil pasangan ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka sebaik kembali ke Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Illi Najwa SaddiqueManpreet Singh Pawar
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara