Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Jaecoo J8 Dilancarkan: Ini Perbezaan AWD dan 2WD, Beza Harga Buat Ramai Fikir Dua Kali

by Phic ARMAN
July 18, 2025
Share on Facebook

Malam pelancaran Jaecoo J8 penuh bergaya, siap dengan makan malam fine dining untuk para tetamu. Kereta berkilat, suasana mewah, semua orang pun teruja. Tapi bila sampai bab harga, MURAI terus terdiam. Dua varian diumumkan dengan harga yang… dekat sangat.

Jaecoo J8 AWD dijual pada RM198,800, manakala 2WD pula RM178,800. Beza cuma RM20,000. Kalau buat pinjaman panjang, bulan-bulan beza dalam belasan ringgit je, lebih kurang harga sepinggan nasi goreng seafood kat restoran hipster…

MURAI pun mula tertanya-tanya, dengan beza kecil macam ini, patutkah terus ambil AWD? Atau cukup dengan 2WD saja?

Sebenarnya, beza paling ketara ialah pada enjin, tempat duduk dan ciri mewah di dalam. 2WD hanya pandu dua roda depan, cukup untuk pemanduan biasa. AWD pula pandu semua roda, lebih cengkaman, lebih yakin kalau jalan licin atau nak bergaya macam dalam iklan SUV. Tempat duduk pun berbeza, 2WD hanya lima tempat duduk dua baris, manakala AWD enam tempat duduk dengan tiga baris.

Dan jangan lupa ciri-ciri tambahan yang ada pada AWD, macam pintu automatik, kerusi siap ada urut, suspensi lebih canggih, lebih banyak beg udara, lebih banyak speaker, malah ada parking automatik dan kunci NFC. Semua ini tiada pada 2WD.

Jadi bila fikir-fikir balik, beza harga bulanan pun tak jauh mana, tapi dapat semua tambahan tu, rasa macam rugi kalau tak pilih AWD. Tapi kalau anda memang tak perlukan lebih tempat duduk, tak kisah pasal urut-urut, dan cukup sekadar bawa dari rumah ke pejabat, 2WD pun dah cukup elok.

Malam tu MURAI pun sempat congak sambil tunggu pencuci mulut, dengan beza harga yang kecil sangat ni, kalau nak rasa lebih premium dan lengkap, baik terus ambil AWD. Kalau dah alang-alang bergaya, biar habis gaya.

[VIDEO] “Hi, Saya AiMOGA!” – Robot Canggih Pertama Kini Bertugas di KL
JaecooJaecoo J8 AWD
https://lomp.at/rbv7z
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Automotif

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

by Phic ARMAN
March 6, 2026

GWM Malaysia hari ini secara rasmi menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada Dato’ Sri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara