• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jangan Keliru! Ini Perbezaan Duit Mas Kahwin Dan Wang Hantaran

by Jash Lee
August 15, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Anda jangan keliru bahawa duit mas kahwin dan duit hantaran adalah sesuatu yang berbeza. Pasangan yang bakal menjadi raja sehari perlu ambil tahu dan faham tentang perbezaan duit mas kahwin dan hantaran. Ini kerana duit mas kahwin adalah suatu perkara yang ada dalam agama dan ianya adalah wajib dan disebut di dalam Al-Quran dan hadis manakala wang hantaran diberi bukan dari agama tetapi kerana mengikut adat.

Allah berfirman ” Dan hendaklah kamu suami-suami yang telah berakad nikah, kamu hendaklah membayar kepada isteri kamu mas kahwin.”

Mas Kahwin

via Pinterest

Mas kahwin adalah jumlah yang telah ditetapkan oleh Pejabat Agama negeri-negeri tertentu dengan jumlah yang minimum. Mas kahwin juga adalah jumlah yang akan disebut sewaktu akad nikah dilafazkan dan akan diberikan dalam bentuk wang.

via Satkoba.bbn.my

Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskah Al-Quran. Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan mas kahwin senaskah Al-Quran kerana lelaki tersebut tidak mempunyai duit dan barangan untuk dijadikan mas kahwin.

Wang Hantaran

via story.wedding.com.my

Wang hantaran adalah jumlah yang ditetapkan oleh pihak keluarga sebelah perempuan dan harus dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Wang hantaran juga berbeza mengikut adat dan jumlah yang diminta oleh keluarga yang berkenaan. Biasanya wang hantaran juga akan diminta bersama dengan ‘dulang hantaran’.

Adakah wang hantaran wajib dibayar? Jawapannya, wang hantaran adalah sesuatu perkara yang tidak wajib dibayar jika tiada persetujuan pada hari perbincangan keluarga. Namun, jika bersetuju, jumlah tertentu yang telah dipersetujui harus dibayar kerana janji yang wajib ditunaikan. Biasanya wang hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan adalah bagi mengurangkan bebanan pihak perempuan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Wang hantaran boleh dibayar secara tunai atau cek malah ada juga yang mengkreditkan terus ke dalam akaun pihak perempuan. Ia juga boleh diberikan mengikut masa yang telah dipersetujui contohnya, dibayar dalam tempoh pertunangan, sebelum majlis perkahwinan atau semasa hari akad nikah.

Seelok-eloknya bayarlah wang hantaran sekiranya bimbang timbul fitnah di kemudian hari. Namun mestilah mengikut kemampuan.

Wang hantaran yang diminta boleh juga dijadikan sebagai mas kahwin dan boleh disebut semasa akad nikah.

jangankeliru maskahwinvswanghantaran adatperkahwinan
https://lomp.at/fme6t
Share9Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Tahi Lalat Di Wajah Dan Maksud Tersiratnya Pada Personaliti Anda Agak Menarik

by Jash Lee
October 3, 2020

Tanda atau titik hitam yang terdapat pada wajah dan badan yang biasanya disebut tahi lalat atau mole. Tetapi tahukah anda bahawa...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Budaya

5 Selebriti Yang Berpoligami Dan Kekal Bahagia Hingga Kini

by Jash Lee
March 6, 2021

Kalau bercakap pasal bermadu, kaum hawalah yang pastinya akan merasa resah gelisah bukan? Tak ramai sebenarnya kaum hawa yang sanggup...

Read moreDetails
Budaya

Semak SOP Dari MKN Ini Untuk Raikan Deepavali Di Kawasan PKPP, PKPB, & PKPD

by Naddy Joe
November 6, 2020

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai SOP (standard operating procedures) bagi rakyat Malaysia menyambut hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore