Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Jangan Kongsi Sesuka Hati! Ini Risiko Jika Sebar Identiti Suspek Bawah Umur

by Phic ARMAN
July 7, 2026
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai mungkin berkongsi gambar atau video yang sedang tular tanpa berfikir panjang. Namun, jika kandungan itu memaparkan wajah atau identiti kanak-kanak yang terlibat dalam sesuatu kes jenayah, tindakan tersebut sebenarnya boleh memberi kesan yang sangat besar.

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan wajah, nama, alamat, sekolah atau apa-apa maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak.

Menurut CMCF, setiap kali gambar atau video itu dikongsi semula, ia akan terus tersebar dan hampir mustahil untuk dipadam sepenuhnya daripada internet. Akibatnya, kanak-kanak yang terlibat boleh menjadi sasaran kecaman, dibuli di media sosial, mengalami tekanan emosi dan menanggung stigma untuk tempoh yang lama.

Bukan itu sahaja, ahli keluarga, mangsa serta rakan-rakan sekolah mereka juga boleh menerima tempias daripada penyebaran maklumat tersebut.

CMCF turut menjelaskan bahawa perbuatan mendedahkan identiti kanak-kanak bukan sekadar tidak beretika, malah bertentangan dengan undang-undang. Di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah atau mahkamah tidak boleh didedahkan kepada umum.

Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood berkata, walaupun sesuatu kes mengundang kemarahan masyarakat, kanak-kanak tetap berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang.

“Semakin serius sesuatu kes, semakin berhati-hati kita perlu bertindak. Jangan biarkan kemarahan di media sosial menjadi hukuman yang menghantui seorang kanak-kanak sepanjang hidupnya,” katanya.

Sehubungan itu, CMCF menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsi kandungan yang memaparkan identiti kanak-kanak. Jika menerima gambar atau video berkaitan di media sosial atau aplikasi mesej, langkah paling bertanggungjawab adalah tidak menyebarkannya kepada orang lain.

Melindungi identiti kanak-kanak bukan bermaksud mempertahankan kesalahan yang dilakukan, tetapi memastikan mereka tidak terus dihukum melalui “mahkamah media sosial” sehingga menjejaskan masa depan mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
CMCFForum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)Mediha Mahmood
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

by Phic ARMAN
July 23, 2026

Siapa pun pasti nak rasa selesa apabila menggunakan tandas awam, lebih-lebih lagi tandas OKU yang digunakan oleh golongan memerlukan bantuan....

Read moreDetails
Foto - @shafy.alyvia (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Wanita Luah Kecewa Temui Ulat Dalam Nasi Lemak Oriental Kopi- “Branch Mana Sis?”

by Nurul A.
July 9, 2026

Sebuah video pendek yang dikongsi oleh seorang wanita di platform Threads semalam, telah mengundang perhatian ramai apabila mendakwa menemui seekor...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Ini Sukan, Bukan Pasal Idealogi Kau”- Piala Dunia Dikaitkan Dengan Islam, Peminat Bola Sepak Bengang

by Phic ARMAN
July 15, 2026

Perlawanan bola sepak yang sepatutnya menjadi hiburan empat tahun sekali tiba-tiba bertukar menjadi medan perdebatan hangat di media sosial. Kali...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bayar Harga RM1K, Tapi Keadaan Mengecewakan? Resort Berkulat Buat Pengunjung Kecewa

by Nix
June 22, 2026

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu berkongsi pengalaman kurang memuaskan sepanjang penginapannya di sebuah penginapan berkonsepkan alam...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Isu melibatkan kaedah pemberian makanan kepada golongan memerlukan menerusi siaran langsung di TikTok mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila...

Read moreDetails
Foto - @_pxxh77 (Threads)
Sosial Buzz

Menjijikkan! Hampir Habis Makan, Individu Baru Sedar Ada ‘Keropok’ Cicak

by Nurul A.
August 3, 2026

Hantaran seorang lelaki di platform Threads mencuri perhatian apabila mendakwa menemui bangkai seekor cicak dalam bungkusan jajan dibelinya. Berdasarkan gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

by Phic ARMAN
July 14, 2026

Dalam keterujaan rakyat Malaysia apabila bintang Hollywood, Mark Wahlberg dilaporkan menjalani penggambaran filem terbaharu Netflix, The Big Fix di Pulau...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Nak Sentuh Rambut Sebab Nak Tahu Asli Atau Tidak” — Patung Lama Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Nix
June 22, 2026

Baru-baru ini, sebuah perkongsian di Thread apabila seorang wanita merakam dirinya sedang melihat koleksi patung lama yang dipamerkan di sebuah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Mac & Cheese RM5 Rasa Mayonis? Luahan Pembeli Cetus Perdebatan Soal Keikhlasan Peniaga Pasar Malam

by Nix
June 23, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang pembeli meluahkan rasa kecewa selepas...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara