• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Jangan Panggil Ibunya Emak Jika Masih Maafkan Afiq”-Isteri Afiq Anggap Tindakan Memaafkan Suami Umpama Bunuh Diri

by Puteri Alia
June 15, 2023
Share on Facebook

Curang atau selingkuh membawa maksud yang sama. Bahkan perbuatan curang dalam perkahwinan amatlah dilarang dan sebagai seorang Muslim ia adalah berdosa.

Namun begitu, golongan suami isteri janganlah sesekali menganggap tuduhan curang ke atas pasangan adalah satu perkara yang ringan kerana akibatnya boleh menjurus kepada jatuhnya talak li’an dimana terputuslah hubungan perkahwinan itu.

Berbincang isu ini, sekali lagi media hiburan tempatan dikejutkan dengan status terkini kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz yang telah memasuki episod baharu apabila dia memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Pachara Apin atas dakwaan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

 “Saya ada ramai kawan dan dakwaan curang salah.”

Bagaimanapun, demikian penjelasan isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin bagi dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya.

Rentetan daripada dakwaan tersebut, Afiq turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan bakal dibicarakan pada 4 Julai depan.

Katanya, semua tohmahan yang dilemparkan Afiq kepadanya adalah tidak benar.

“Terus-terang saya rasa nak gelak dengan dakwaan itu.

“Saya terkejut dengan dakwaan itu. Saya ada ramai kawan dan dakwaan ada lelaki lain tidak betul,” katanya.

Memetik laporan berita, dia juga mengakui trauma dan tidak akan sesekali kembali dalam perkahwinan bersama Afiq.

“Kalau kata saya maafkan dia sekali lagi, ibaratnya bunuh diri sendiri.

“Mak saya kata kalau maafkan Afiq sekali lagi, jangan panggil dia sebagai mak lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, harapannya masih sama seperti sebelum ini iaitu meminta Afiq melepaskannya dengan segera.

“Tolong cepat lepaskan saya.

“Kalau nak bina hidup baru sebagai lelaki lebih baik, saya boleh sedekahkan doa, berubah dan jangan lakukan perkara tidak sepatutnya terhadap isteri baru,” ujarnya.

Hari ini, Afiq memberitahu, dia sudah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Pachara atas dakwaan isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini menetapkan 13 Julai sebagai tarikh sebutan baharu bagi prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh pasangan tersebut.

Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh hukum Syarak.

Antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.

Pada 6 April lalu, Pachara menyifatkan suaminya sengaja melengah-lengahkan proses permohonan cerai secara fasakh yang dituntutnya selepas mendakwa tidak menerima sebarang notis awal berhubung perkara tersebut.

Sementara Afiq tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media ketika ditemui di mahkamah.

Sebelum ini, Pachara dalam satu pendedahannya memberitahu Afiq pernah mengasarinya sehingga mengakibatkan kaki serta jarinya patah.

Kenyataan tersebut kemudiannya meraih komen balas adik Afiq iaitu pelakon, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara membuat kenyataan palsu dalam media sosial.

Tidak menunggu lama, Afiq kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dengkil pada 30 November tahun lalu bagi membersihkan nama selepas mendakwa difitnah.

Pada 27 Mac 2019, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.

Afiq MuizPachara Apin
https://lomp.at/crrlq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @@glowingbjmgroup (TikTok)
Indonesia

[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin

by Nurul A.
October 23, 2025

Bagi kebanyakan pengantin, hadiah perkahwinan atau hantaran sememangnya sinomin dengan barangan berharga daripada barang kemas, beg tangan mewah hingga ke...

Read more
Foto - @hamishdw (IG)
Indonesia

Peminat Bengang, Bekas Suami Raisa Didakwa Curang Melalui Aplikasi Pinterest

Prosiding penceraian pelakon Hamish Daud dan penyanyi Indonesia, Raisa Andriana kini menjadi tumpuan terutamanya selepas peminat mengesyaki  penceraian pasangan ini...

Read more
by Nurul A.
November 4, 2025
Foto - @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Elak Jadi Isu Pergaduhan Di Majlis Kahwin El Rumi, Maia Estianty Minta Sediakan…

Penyanyi Maia Estianty tidak mahu sebarang drama pada majlis perkahwinan anak keduanya, El Rumi dan pasangannya, Syifa Hadju. Maia mengakui...

Read more
by Nurul A.
October 30, 2025
Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Lokal

Ella Ajak Netizen Bersolidariti Untuk Rakyat Palestin

Penyanyi, Ella akui rasa pedih melihat rakyat Palestin masih belum bebas daripada gangguan bunyi siren, tembakan oleh pihak Rejim Zionis....

Read more
by Naddy Joe
November 25, 2025
Lokal

Zara Zya Menangis, Kucing Kesayangan Beshetik Disahkan Hidap Leukemia FeLV

Pelakon popular Zara Zya berdepan khabar duka apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Beshetik disahkan menghidap penyakit Feline Leukemia Virus...

Read more
by Puteri Alia
September 25, 2025
Lokal

Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -“Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga”

Selepas berminggu-minggu membiarkan netizen membuat spekulasi, akhirnya teka-teki terlerai apabila pelawak dan usahawan, Shuib, mengesahkan bahawa isterinya, Watie Hanifiah, kini...

Read more
by Puteri Alia
November 19, 2025
Foto - Antara News
Bollywood

[FOTO] Penampilan Shah Rukh Khan Untuk Filem ‘King’ Tular, Nampak Kacak Bersut Hitam Sambil Acu Pistol

Info untuk peminat, King of Bollywood iaitu Shah Rukh Khan kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem 'King' yang dinanti-nantikan...

Read more
by Nurul A.
September 29, 2025
Lokal

Shila Amzah Pesan Jangan Terlalu Sayang Kawan

Penyanyi terkenal Shila Amzah tampil dengan peringatan yang cukup mendalam apabila menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam memberi sokongan kepada...

Read more
by Puteri Alia
September 9, 2025
Foto - @sunbin_eyesmag (IG)
Korea

[VIDEO] Asyik Ditanya “Bila Nak Kahwin”, Ini Jawapan Lee Kwang Soo

Aktor Korea Selatan, Lee Kwang Soo telah mengejutkan orang ramai dengan kisah hubungan cintanya dengan aktres Lee Sun Bin, sambil...

Read more
by Nurul A.
November 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore