Wednesday, August 27, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Jangan Sesekali Hantar 5 Mesej Ini Pada Bekas Kekasih, Risau Dianggap Tak Move On Lagi!

by Soph Azz
March 31, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

186
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila hubungan sudah putus, kalau boleh kita tak mahu tengok atau hubungi bekas kekasih lagi. Tapi disebabkan oleh beberapa situasi, kamu atau si dia terpaksa hubungi untuk sesuatu perkara seperti minta barangan semula dan sebagainya.

Walaupun kamu terpaksa hubungi si dia, pastikan kamu jangan hantar mesej yang bukan-bukan ye… Bukan apa nanti si dia rasakan kamu belum dan tak pernah move on daripadanya.

Jadi girls., hubungi bila perlu dan bersebab sahaja, tapi jangan hantar mesej berikut…

Luahkan kata-kata benci 

Foto – Pinterest

Tak dinafikan bila hubungan putus, memang rasa marah dan benci dengan apa yang si dia lakukan. Jadi kalau rasa benci sekalipun, jangan luah dan hantar mesej pada si dia. Situasi ini bukan saja buatkan kamu rasa lebih baik tapi ia juga berkemungkinan boleh jejaskan hubungan kamu dalam jangka masa panjang (jika kamu get back balik semulalah).

Cakap tentang hubungan kamu 

Sepatutnya hubungan yang sudah putus tak perlu lagi diungkit atau dibincangkan. Kalau perlu juga, berjumpa secara peribadi. Sekiranya kamu memerlukan kata-kata semangat atau jaminan tentang hubungan, jangan pergi ke bekas kekasih, tetapi pergi ke keluarga atau kawan rapat!

Selit ayat-ayat romantik atau emoji 

Foto – Pinterest

Kamu dan si dia bukan lagi pasangan dan kamu tak boleh lagi menggunakan panggilan sayang atau ayat intim yang biasa dikatakan antara satu sama lain. Jika perlu menghubunginya semula, kamu harus kekal mesra. Namun, jangan berlebihan dan buat dia salah faham!

Spam dan paksa si dia balas dengan segera 

Kalau memerlukan sesuatu, hantar dalam satu mesej sahaja. Jangan spam dan memaksa si dia untuk balas dan penuhi permintaan kamu. Sekiranya pesana kamu tak dibalas, itu maksudnya mesej kamu tak diingini dan dialu-alukan.

Hantar satu perkataan dalam satu-satu masa 

Foto – Pinterest

Bila nak hantar mesej pada si dia, pastikan kamu hantar secara langsung apa tujuan kamu. Dan bukannya “Hai”, “Helo” dan sebagainya. Kalau kamu lakukannya, ia akan buatkan situasi antara kamu dan si dia lebih janggal.

Girls, Miss Murai tahu yang kamu seorang yang kuat dan jangan pandang belakang untuk lihat hubungan lepas lagi ye!

bekas kekasihjangan hantar mesej pada bekas kekasihmesej bekas kekasihtanda tak move on
https://lomp.at/650f5
Share74Tweet47SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  2. 2

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  3. 3

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Anak Tok Ram Menari Buatkan Netizen Terhibur

  5. 5

    Ini Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Kamu Boleh Claim Guna MyKad!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem