Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Jenama Pakaian Fesyen Luar Antarabangsa, CAMEL ACTIVE Kini Dibuka Di Lalaport Bukit Bintang City Centre!

by Jash Lee
March 4, 2024
Share on Facebook

Pada 29 Februari 2024 yang lalu, pemilik jenama pakaian kasual gaya hidup dan lasak bertaraf antarabangsa camel active, teruja mengumumkan pembukaan kedai perdana pertama miliknya di Lalaport BBCC. Kedai yang berorientasikan konsep terkini dan moden itu dibuka seiring dengan kemunculan koleksi baru C by camel active yang menyasarkan golongan muda bandar, lelaki dan wanita. Perkembangan mengujakan ini menjadi penanda aras kepada camel active dalam menampilkan produk tersendiri yang lasak, tahan lama dan serba boleh dengan kualiti premium kepada pelanggan setianya di seluruh Malaysia. 

Kedai perdana camel active yang menawarkan koleksi bary C by camel active itu terletak di lokasi strategik di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur iaitu di LaLaport BBCC. 

Lokasi strategik itu menjanjikan destinasi wajib singgah dalam kalangan warga bandar yang menghargai jenama yang dikenali kerana rekaan khusus untuk pengembaraan harian.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Muncul sebagai yang pertama di Asia Tenggara, kedai tersebut memiliki ruang niaga yang luas iaitu 2,400 kaki persegi. Kedai ini menawarkan koleksi baru C by camel active, sekali gus melonjakkan perasaan kontemporari yang ada hubung kait dengan alam semula jadi. Segalanya disusun dengan teliti bagi mempamerkan koleksi pakaian, kasut, beg dan aksesori terkini daripada camel active. 

Pengarah Urusan CLT Asia Sdn. Bhd., Encik Jason Tan yang mewakili jenama camel active di Asia Tenggara berkata: “Kami berasa gembira mengumumkan pembukaan kedai camel active di LaLaport BBCC Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sentiasa bersemangat menampilkan gaya hidup dinamik, selain kerap mengadakan aktiviti dalam dan luar yang diselaraskan dengan sempurna bersama semangat camel active.” 

Beliau menambah: “camel active memiliki kekayaan warisan yang diadun bersama urbanisasi dan aktiviti luar. Selain itu, kedai baharu ini merupakan wasiat kami terhadap komitmen dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi pelbagai rangkaian produk yang mempamerkan keunikan jenama ini”. 

Dalam pada itu, pelanggan boleh menikmati pengalaman mengasyikkan yang menampilkan persediaan glamping, eksklusif di bengkel kedai dan peluang meneroka koleksi camel active dan C by camel active dari dekat. 

Kedai ini turut mempamerkan komitmen jenama untuk melestarikan kehidupan bersama kualiti kerja tangan, hasil dedikasi camel active dan koleksi C by camel active dalam melahirkan produk tahan ujian sepanjang masa. 

Matlamat koleksi C by camel active adalah untuk menggalakkan kehidupan lestari dengan mempromosi usaha pemuliharaan alam semula jadi. Menerusi usaha yang eksklusif, edisi ‘Save the Forest, Adopt a Tree’ daripada koleksi C by camel active diharap dapat menyokong kerja-kerja pemuliharaan Taman Tugu. Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan edisi terhad itu akan didedikasikan kepada inisiatif yang diterajui Amanah Warisan Negara (AWAN). 

Kedai perdana camel active ini berlokasi di G 24 & 25, Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenai camel active, sila layari camelactive.my atau ikut kami di media sosial di: 

Facebook: camel active Malaysia 

Instagram: cbycamelactive 

#camelactive #cbycamelactive

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
c by camel activecamel activeCamel Active Lalaport Bukit Bintang
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara