• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Jenama Toner Korea Best Pakai Untuk Kulit Bersih & Licin Berkaca

by Lisa Ghani
January 26, 2023
Foto - Total Beauty

Foto - Total Beauty

Share on Facebook

Masih ramai lagi wanita yang tidak tahu rutin penjagaan kulit yang lengkap. Yakni, rutin asas penjagaan yang bermula dengan membersih, menyegar, melembap dan melindungi.

Bahkan ada yang tidak mengambil berat dengan konsep menyegar atau toner, mereka senang sekali skip langkah ini. Bagi mereka yang skip, tahukah kamu padahnya bila tidak menggunakan toner selepas membersih muka akibatnya kulit muka mengeluar lebih minyak dan tersumbat.

Justeru itu, terjadinya kulit bermasalah dan paling merunsingkan bila tumbuh jerawat.

Pakar dermatologi mendakwa bahawa toner memberikan penghidratan yang cepat, menghasilkan kulit yang gebu dan bercahaya.

Kalau kamu sedang mencari toner, mungkin jenama dari Korea boleh dipertimbangkan. Memandangkan landskap penjagaan kulit telah berubah dengan kebangkitan k-beauty, tidak hairan toner dari sana banyak yang bagus serta memberi kesan positif pada kulit.

Pyunkang YUL Facial Essence Toner

Foto – Pyunkang Yul

Diperbuat daripada 91.3% ekstrak akar milk vetch, toner ini memberi faedah antioksidan, anti-radang dan mineral. Ini bermakna ia bukan sahaja melembapkan kulit kamu tetapi merawatnya juga.

COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Foto – Cosrx

Mungkin ada yang menganggap AHA/BHA sangat kuat, tetapi toner COSRX ini dibuat dengan formulasi ringan AHA Glycolic Acid dan BHA Betaine Salicylate, menjadikannya mesra pada sebarang jenis kulit. Toner ini membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal pori-pori dan menambah kesegaran pada kulit.

Klairs Supple Preparation Facial Toner

Foto – Klairs

Dengan Beta-Glucan, Asid Hyaluronic, dan Centella Asiatica sebagai bahan utamanya, toner ini bukan sahaja melembapkan kulit tetapi meredakan kerengsaan dan kemerahan kulit sambil kekal lembut walaupun pada kulit sensitif.

SOME BY MI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner

Foto – Some by Mi

Mempunyai trio pengelupasan AHA, BHA, dan PHA untuk meningkatkan perolehan sel. Eskrak witch hazel dan tea tree untuk melega dan merawat jerawat. Manakala, niacinamide dan adenosine bekerjasama untuk garis-garis halus dan kedutan.

I’m From Rice Toner

Foto – I’m From

Toner ini melembapkan dan mencerahkan kulit yang kusam dan teriritasi. Tercipta daripada beras Yeoju, ia membantu menyingkirkan kekotoran yang terletak jauh di dalam kulit, dan mengelupas kulit untuk kulit yang lebih licin dan terhidrat.

Sebenarnya banyak lagi jenama yang bagus, tapi jenama di atas antara yang hype di media sosial. Rata-rata berpuas hati dengan kesan pada kulit saelepas menggunakannya.

Mungkin ini masanya kamu guna juga.

jenama toner terbaiktoner korea
https://lomp.at/u2grn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore