Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Jika Ditakdirkan Hidup Berdua Tanpa Benih Cinta, Beto Kusyairi Luah Isterinya Sudah Cukup Buat Dia Bahagia

by Puteri Alia
April 10, 2023
Share on Facebook

Lazimnya setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata mereka sendiri. Namun sudah tertulis bahawa rezeki setiap orang itu berbeza-beza.

Ada yang “bunting pelamin”, ada juga yang masih menuggu walaupun telah lama hidup bersama.

Benar,anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, namun ia bukan juga satu jaminan yang perkahwinan akan porak peranda jika tidak dikurniakan zuriat kerana cinta seharusnya hadir tanpa berbelah bahagi.

Buktinya, kita lihat lah sendiri pasangan artis ini. Walaupun ada yang berbelas-belas tahun diuji dengan tidak meniliki anak, rumahtangga yang dibina tetap rukun damai.

Langsung tidak menyalahkah takdir ataupun menuding jari tanda tidak adil kepada Maha Esa, pelakon yang disegani ramai Beto Kusyairi tenang meneruskan kehidupan bersama isteri tanpa kenal erti putus asa.

Meskipun zuriat dan penantian, itulah juga soalan yang lazim diajukan buatnya. Mujur, lelaki yang selalu hadir dengan watak serius itu tidak menunjukkan reaksi kurang senang.

Memuat naik video di laman TikTok miliknya, Beto meluahkan bahawa dia tetap bahagia disamping isteri tercinta andai takdir mereka harus menjalani kehidupan tanpa seorang zuriat.

Sebelum ini, memetik sumber laporan Kosmo, meskipun terdengar soalan klise, namun melihatkan kebahagiaan dan kebersamaan aktor Beto Kusyairy bersama suri hatinya, Tisha Shahar tanpa kehadiran benih cinta bersama zuriat, soalan tipikal tersebut diberanikan meluncur dalam satu pertemuan.

“Kalau dikira, 15 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami – luah Beto

“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki,” katanya

Sementara itu, Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.

Beto Tolak Babak Atas Katil & Watak LGBT-"Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga"

Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.

“Hendak kata tidak berusaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian pelakon kesayangan ramai ini kerana dikategorikan sebagai jejaka idaman para wanita namun tetap memilih setia dengan isterinya.

Malah, ada yang tidak putus-putus menitipkan doa agar pasangan ini dikurniakan benih cinta suatu hari nanti.

Sebagai rekod, Beto dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu iaitu pada tahun 2008.

Beto Kusyairy
https://lomp.at/o0mkq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @errafazira (IG)
Lokal

Kejutan Dari Isteri Buat Mr. E, Reaksi Jujurnya Buatkan Peminat Tersentuh

by Nurul A.
January 5, 2026

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan aksi romantisnya sempena hari kelahiran suami tercinta iaitu Ezwan...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore