Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Jimat Betul! Jom Lihat Antara 4 Produk realme Yang Sangat Berbaloi Dibeli Pada 23 April Ini Di Shopee

by Phic ARMAN
April 22, 2021
Share on Facebook

Inilah masanya untuk anda berjimat sambil membeli-belah barang kegemaran anda. Sempena hari raya yang menjelang tiba, realme menawarkan jualan Syok Raya di Shopee. Anda boleh mendapatkannya beberapa produk realme dengan harga yang lebih murah di Shopee bermula tengah malam ini, 23 April 2021. Jualan berlangsung selama 24 jam itu menawarkan potongan harga sehingga RM300. Jom kita lihat produk-produk yang mereka tawarkan dan berbaloi untuk dibeli.

realme x7 pro 5G- RM1,699

Realme X7 Pro dikuasakan oleh pemproses terbaik dari MediaTek iaitu Dimensity 1000+ 7nm, dengan 8-teras berkelajuan sehingga 2.6GHz dan modem 5G terbina di dalam. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.55-inci HD penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz dan kadar sentuhan 240Hz.

Harga asal realme x7 pro 5G bernilai RM 1,999, tetapi pada malam ini realme menawarkan serendah RM 1,699.

realme narzo 30A- RM 499

Narzo adalah siri gaming yang dilancarkan Realme tahun lepas. Skrinnya seluas 6.5-inci dengan resolusi HD 720p. Ia juga bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP. Pengimbas capjari dipasang di belakang badan.

Realme Narzo 30A dijual di Malaysia pada harga RM599, tetapi istimewa pada malam ini ia dijual pada harga RM 499.

realme Smart TV 32″- RM719

realme Smart TV, iaitu televisyen pintar pertama mereka untuk pasaran Malaysia. TV pintar ini dijana dengan cip pemproses empat teras MediaTek 64-bit dengan padanan CPU 1.1GHz ARM Cortex A53, GPU Mali-470 MP3 serta memori RAM 1GB. Ia juga mempunyai sokongan HDR10 dan format HLG.

Ketika ia dilancarkan, televisyen pintar ini dijual pada harga RM899. Namun kini anda boleh dapatkannya dengan harga murah, hanya RM 719 di jualan Syok Raya di Shopee.

Shopee Sambut Hari Jadi Ke-10, Party Paling Epik! dengan pelbagai TAWARAN DAHSYAT!

realme Buds Q- RM99

Sewaktu dilancarkan, realme Buds Q  yang mendapat sentuhan rekaan oleh pereka Hermes Jose Levy ini dijual dengan harga RM129. Tapi kini ditawarkan pada harga promosi RM99 sempena jualan Syok Raya yang akan berlangsung di Shopee pada tengah malam ini, 23 April 2021.

Mengimbas spesifikasi, Buds Q dilengkapi sambungan pantas melalui cip R1Q, mempunyai sokongan Bluetooth 5.0 dan akses kawalan secara sentuhan. Fon telinga ini mampu bertahan sehingga 3 jam untuk satu pengecasan penuh dan 20 jam bagi penggunaan bersama kerangka. Dari segi ketahanan pula realme Bud Q dilengkapi dengan pensijilan IPX4.

Menarik bukan? Bagi mengetahui lebih banyak produk realme pada harga promosi, layari kedai jualan rasmi realme di Shopee sekarang!

Tech Thursday

Jangan ketinggalan, pada hari ini sebenarnya Shopee mengadakan jualan istimewa untuk peminat gadjet iaitu Tech Thursday. Terdapat banyak tawaran harga murah bagi beberapa produk dari jenama-jenama hebat seperti Huawei, JBL, dan banyak lagi. Untuk jualan Tech Thursday  anda boleh dapatkan baucar sehingga potongan 50% dan 20% pulangan semula coin.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh lagi menikmati diskaun hebat barangan gadget pada 23 April 2021 dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi iaitu selama 2 jam. Lawati pautan ini untuk lihat sendiri tawaran yang Shopee sediakan.

Realmeshopeetech
https://lomp.at/zh862
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore