Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Berpisah Akhirnya… Ini Kisah Penceraian 10 Artis Malaysia Sepanjang 2020

by Zaidin Albert
November 30, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap tahun pasti kes perceraian di kalangan selebriti dan sentiasa menjadi topik hangat di media sosial. Setiap kali ia berlaku, pasti nama artis yang terbabit akan trending di twitter.

Walaupun setiap pasangan suami isteri berusaha mempertahankan rumahtangga, namun beberapa pasangan artis di Malaysia ini akhirnya harus mengalah. Lagi-lagi pandemik Covid-19 ketika ini menjadi antara punca tekanan emosi dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2020, beberapa pasangan selebriti memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Murai MY telah menyediakan sedikit bingkisan mengenai 10pasangan artis yang bercerai di 2020.

Lufya & Che Hafiz

Foto: Iluminasi

Pelakon dan penyanyi Lufya dan Che Hafiz sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Laana Haura.

Ada khabar angin mengatakan punca perpisahan tersebut adalah kerana Che Hafiz menjalinkan hubungan sejenis. Namun Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum menepis dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap ia sebagai fitnah.

Ammar Alfian & Nelissa Nezam

Foto: Khalifah Media

Pelakon kontroversi, Ammar Alfian dan Nelissa Nezam bercerai secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2020. Nelissa diarahkan oleh Hakim untuk membayar RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak. Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Terdahulu, dipetik dari BH Onlne, Nelissa pernah mendakwa bahawa Ammar  menipu dan berlaku curang. Ammar menolak tuduhan dan menganggapnya ‘fitnah’, sebelum akhirnya mengakui kenyataan Nelissa benar.

Opie Zami & Zamzarina Mohammed

Foto: Kosmo

Siapa menduga, rumahtangga yang dibina hampir 17 tahun akhirnya musnah. Pengarha terkenal Opis Zami atau nama asalnya Mohd Saufi Zami telah bercerai dengan Zamzarina Mohammed pada awal Oktober tahun ini.

Ijam Asri Mahu Bertarung Di Gelanggang Tinju Dengan Ammar Alfian?-"Saya Fight Untuk Percuma Pun Takpe..."

Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.

Mengenai punca penceraian, Opis menganggap hal tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi. Dia berkata ini merupakan keputusan yang baik antara kedua belah pihak.

Sharifah Sakinah & Aliff Adha

Foto: mStar

Rumahtangga yang dibina sejak 2015 tidak berpanjangan selepas Sharifah Sakinah mengumumkan sudah bercerai dengan juruterbang Aliff Adha pada bulan Mei lalu yang lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha, 3.

Dipetik dari Kosmo, Sakinah mengakui telah menemui cinta baru dengan seorang jejaka kacak dan sado. Rasanya peminat dapat mengenal jejaka bertuah ini kerana Sakinah sering muatnaik gambar bersama di instagramnya.

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

Nampaknya perkahwinan kali kedua usahawan, Engku Emran menemui kegagalan. Pada bulan Julai yang lalu, Laudya Cynthia Bella, 32, mengesahkan dia sudah bercerai dengan Engku Emran.

BACA LAGI: Kronologi Kisah Cinta Engku Emran & Bella Hingga Akhirnya Bercerai

Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan pasangan ini tidak dikurniakan anak.

Elly Arifin & Jiggy

Foto: Iluminasi

Wajah mereka berdua sentiasa muncul di kaca TV menghiburkan kita semua. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa pengacara dan pelakon, Elly Arifin dan pelawak Jiggy dari kumpulan Masin ada pasangan suami isteri. Namun pada pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, pada 30 Januari lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun Elly pernah mengalami keguguran pada September lalu.

[VIDEO] Ryzal Ibrahim Kongsi Gelagat Rina, Netizen Terhibur!-"Ni Macam Sharifah Sakinah.."

Keith Foo & Kim Raymond

Tiada siapa yang boleh menyangka rumah tangga aktor Keith Foo & Kim Raymond yang dibina selama 5 tahun telah berakhir. Berita mengenai perceraian itu dijelaskan langsung oleh Keith Foo melalui BH Online yang mengatakan bahawa dia dan isterinya telah menamatkan perkahwinan sejak 2 tahun yang lalu. Anda boleh ikuti kronologi pertemuan dan perpisahan mereka melalui pautan ini.

Kronologi Kisah Keith Foo & Kim Raymond, Dari Perkenalan Hingga Perceraian

Datuk Alha Alfa & Noor Azlin Ismail

Foto: Erin Sakura

Hanya mampu melayari bahtera perkahwinan selama hampir enam bulan, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa redha jodohnya dengan Datin Noor Azlin Ismail tidak berpanjangan. Alha menikahi Azlin di Taiping, Perak pada 28 September tahun 2020.

Jaclyn Victor & Shawn Rivera

Foto: Harian Metro

Pada awal Januari 2020, penyanyi terkenal Jaclyn Victor bercerai dengan suaminya, Shawn Rivera selepas lima tahun berkahwin. Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Rivera yang juga vokalis kumpulan R&B antarabangsa terkenal era 1990-an, AZ Yet.

Pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

Sheeda & Sukri Hashim

Foto: BERITA Mediacorp

Walaupun sudah bercerai sejak tahun 2019, penyanyi dangdut Sheeda bersedia untuk memaklumkan berita sedih itu kepada umum pada bulan Mac yang lalu. Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi binti M. Shahul Hameed berpisah dengan bekas suami, Sukri Hashim, 39 atas dasar pengorbanan.

Sebagai info, Sheeda dan Sukri yang merupakan seorang guru telah berkahwin pada sekitar 2007. Bersama Sukri dia telahg dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aiman. Hasil daripada perkahwinannya terdahulu, penyanyi ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hafizul Razli, Bienda dan Nurfazlinda Fazli.

Sharifah Sakinah Tayang Wajah Suami, Lain Pula Yang Netizen Tegur?
ammar alfianbiendaChe Hafizkeith foolufyaOpie Zamisharifah sakinahSheeda
https://lomp.at/tji6d
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore