Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

John Nzau Mwangangi Dari Kenya Raih Kemenangan Di KLSCM 2025

by Naddy Joe
October 7, 2025
Share on Facebook

Kejohanan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 menyaksikan pelari berasal dari Kenya, John Nzau Mwangangi berjaya menamatkan Marathon Penuh Terbuka Lelaki dengan catatan masa 02:17:28 selain membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$15,000 (RM63,225.00).

Dalam kategori Malaysia, pertandingan yang dinanti-nantikan antara beberapa pelari jarak jauh terbaik negara menyaksikan Yeow Ni Jia melangkah ke hadapan pada bahagian akhir untuk memecahkan garisan penamat dengan catatan masa 02:36:13, mengatasi dua pesaing rapat lain untuk memenangi gelaran Malaysia.

Perlumbaan KLSCM 2025 pada Ahad pagi menyaksikan seramai 25,200 pelari berlari melalui pusat bandar Kuala Lumpur, melepasi bangunan ikonik dan di lebuh raya untuk mencapai garisan penamat bersejarah mereka sendiri di Stadium Merdeka. Bagi kategori Pantai KL 10KM, 5KM Fun Run, dan Kid Dash telah diadakan pada Sabtu manakala Full Marathon dan ASICS Half Marathon diadakan pagi Ahad.

42,000 Peserta Sertai KLSCM 2025

Rekod bilangan 42,000 peserta telah mendaftar untuk KLSCM edisi ke-17 ini, termasuklah 3,300 peserta antarabangsa dari 53 buah negara. KLSCM adalah acara larian jarak jauh utama Malaysia di mana KLSCM 2025 merupakan World Athletics Elite Label Race, menjadikannya acara larian jarak jauh yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang mendapat status tersebut.

Mwangangi meluahkan rasa gembira apabila berjaya memenangi gelaran Terbuka Lelaki selepas mendapat tempat kedua dalam dua perlumbaan KLSCM sebelumnya.

Malah, dia turut berkongsi cara latihannya bagi menghadapi jalan berbukit dan cuaca di sini, dengan berlatih dalam keadaan panas dan lembap di bukit-bukit curam Machakos, Kenya, yang berada kira-kira 640 meter di atas paras laut.

“Saya terlepas peluang untuk mendapat pertama sebanyak dua kali kerana kekurangan pengalaman saya dengan kilometer terakhir. Saya memutuskan untuk menganalisis dan belajar daripada kesilapan saya sebelum ini serta mengubah strategi saya.

Laluan ini seimbang dengan gabungan bahagian rata dan berbukit, dan saya berjaya bergerak sedikit laju hari ini serta memperbaiki masa saya.”-kata Mwangangi

Untuk maklumat lanjut mengenai KLSCM 2025, anda boleh melayari laman web dan media sosial Facebook dan Instagram rasmi KLSCM.

KLSCM 2025 Kembali Pada 4 & 5 Oktober, Ini Yang Perlu Anda Tahu!
klscm 2025
https://lomp.at/v9wqr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore