Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Jom Cipta Dan Raikan Krismas Yang Sukar Untuk Dilupakan Hanya Di IOI Malls

Nikmati keajaiban salji, pelbagai persembahan dan ganjaran yang menarik bagi musim perayaan yang tiada seumpamanya di IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai

by Aphit J.
December 16, 2023
Share on Facebook

Kini tiba masanya sekali lagi untuk perayaan hujung tahun dengan pokok-pokok dihias indah, hiasan perayaan, lampu bergemerlapan, lagu-lagu riang berkumandangan dan makanan kegemaran yang lazat, semuanya disediakan untuk sambutan yang agak berbeza daripada yang lain.

Dengan tema  “Winter Wonderland Adventure”, IOI Malls menampilkan pelbagai aktiviti, hadiah, persembahan dan sajian perayaan yang lain untuk seisi keluarga di sepanjang bulan Disember, sehingga Hari Tahun Baru 2024!

Segalanya Ada Untuk Semua

via GO Communications Sdn Bhd

Sediakanlah topi merah ala Santa Claus anda kerana para pengunjung ke IOI City Mall berpeluang untuk menikmati keindahan salji yang bakal turun pada tarikh terpilih dan mengubah suasana menjadi alam musim sejuk yang ajaib, lengkap dengan paparan gerabak yang hebat di East Court pusat beli-belah itu.

Sementara itu, acara persembahan Christmas Sleighin’ di IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai bakal menjadi tumpuan ramai.

Terdapat pelbagai persembahan yang menarik seperti tarian, persembahan muzikal, dendangan lagu-lagu Krismas dan banyak lagi; pastinya ada sesuatu yang menghiburkan setiap hujung minggu!

Selain itu, pengunjung IOI City Mall yang membelanjakan RM100 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi baucar yang lumayan untuk memeriahkan sambutan Krismas mereka di Winter Whispers Magical Capsule Ball, yang terletak di Kaunter Maklumat di Aras G East Court.

Menyebarkan Keajaiban “Sebenar” Di Musim Perayaan

via GO Communications Sdn Bhd

Sempena sambutan perayaan ini, IOI Malls, dengan kerjasama Yayasan IOI (sebuah platform CSR di bawah naungan IOI Group) juga menyantuni 30 orang penghuni Rumah Charis, Rumah Jagaan Shalom dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di IOI City Mall.

Bukan sekadar menyambut aktiviti perayaan, Yayasan IOI (sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng) telah menunjukkan komitmen ikhlas terhadap kebajikan masyarakat dengan sumbanagan RM60,000 untuk membantu operasi rumah-rumah amal tersebut.

Bersempena dengan inisiatif ini, IOI Mall Kulai bakal menyantuni 37 orang kanak-kanak dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor.

Mereka bakal dihiburkan di IOI Mall Kulai dengan pelbagai acara perayaan yang hebat termasuk Persembahan Silap Mata dan Boneka Krismas, permainan Santa Claus, persembahan nyanyian dan tarian, penyampaian hadiah Krismas tajaan Yee Fat, dan sesi minum petang yang disediakan oleh Chenderawasih Brothers Enterprise.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
IOI MallsYayasan IOI
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara