Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jom Cuba 5 Kudapan dari Malaysia Timur untuk Memeriahkan Sambutan Kaamatan & Gawai Anda

by Aphit J.
May 20, 2023
Share on Facebook

Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka.

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak hairanlah makanan merupakan antara aspek yang paling dinanti-nantikan.

Di sini, mari kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba!

Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala

via Mondelez

Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan Kuih Karas dari Semenanjung Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu, dan gula.

Ia digoreng panjang dan nipis, dan memiliki  tekstur yang lembut dan sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Penganan

via Mondelez

Penganan dari Sarawak merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan.

‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut lagi kenyal.

Hinompuka (Kuih pulut kukus)

via Mondelez

Hinopuka merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal.

Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim, dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis.

Tebaloi

via Mondelez

Tebaloi atau biskut sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo.

Topik Berkaitan Dynamo & arFum Kongsi 5 Cara Rakyat Malaysia Menyambut Hari Gawai 2026

Diperbuat dari tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik.

Bambangan

via Mondelez

Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri.

Nuah ini juga boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan.

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini merupakan cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Kaamatan dan Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. Dengan begitu banyak makanan lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang, jangan lupa untuk mengamalkan tabiat snek bijak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hari GawaiTadau Kaamatan
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara