Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Jom Lihat Apa Aktiviti Menarik Di Klang Bagi Yang Sukakan ‘Playing Tourist’

by Aphit J.
February 28, 2021
via Tourism Selangor

via Tourism Selangor

Share on Facebook

Bandar Klang yang dikenali sebagai Bandar Di-Raja terkenal dengan sejarah dan budayanya yang mampu menambat hati penduduk tempatan dan juga pelancong asing.

Dari keindahan alam semulajadi sehinggalah kawasan peninggalan bersejarah, setiap tarikan di bandar ini harus anda kunjungi! Bagi anda yang sukakan playing tourist di bandar ini dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Bandar Klang, boleh rujuk di halaman Tourism Selangor.

Jelajah Klang Melalui Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour

via Tourism Selangor

Tourism Selangor ada menyediakan perkhidmatan jelajah bandar Klang yang dinamakan Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour secara percuma kepada anda.

Tetapi sebelum memulakan jalajah ini, apa kata anda singgah sarapan pagi di kedai makan Chong Kok Kopitiam yang terkenal dan untuk merasai sendiri kopi buatan mereka.

Membeli Belah Di Klang

via KL Foodie

Ada baiknya sebelum anda memulakan aktiviti petang dengan merasai sendiri nasi daun pisang di restoren Archana Curry House yang telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Seterusnya anda boleh bersiar-siar di Little India di Jalan Tunku Kelana dan membeli belah di GM Klang.

Bersantai Sebelum Matahari Terbenam

via Times Out

Bagi peminat kafe berestetik, anda boleh singgah di Cafe 1986 dan seterusnya menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Harapan.

Tanjung Harapan kini terkenal sebagai salah satu tempat berehat pilihan ramai pada waktu petang dengan melihat pemandangan laut dan matahari terbenam yang sungguh luar biasa.

Aktiviti Malam Untuk ‘Food Hunter’

via Twitter

Adakah anda sedang mencari nasi ayam yang lazat di Klang? Jangan bimbang kerana Restoran Faridah ada menyediakan nasi ayam dan kambing bakar!

Setelah itu barulah anda boleh meneruskan bersiar-siar di sekitar Pasar Malam Teluk Pulai yang terkenal dengan makanan-makanan Melayu, Cina dan India. Di pasar malam ini juga terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual pakaian dan barang keperluan rumah.

Tahun Melawat Selangor 2025 Dilancarkan di Shanghai, Sasar Tarik Lebih Ramai Pelancong China

Percutian pendek anda ke Bandar Klang tidak akan lengkap tanpa melawati kawasan-kawasan indah yang disenaraikan! Ambillah peluang ini untuk menerokai Bandar Di-Raja ini yang sudah pasti akan menambat hati anda dengan bangunan bersejarahnya yang memiliki senibina luar biasa.

Archana Curry HousePasar Malam Teluk PulaiPlaying TouristProgram Royal Klang Town Heritage Walk TourTanjung Harapantourism selangor
https://lomp.at/4sq6p
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara