Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Jom Meriahkan Konsert ‘UND3RGROUND’ – Butterfingers, Hujan & Bunkface

Hitman Solutions Bawakan 3 Gergasi Band Indie Dalam Sebuah Konsert Rock Yang Paling Ditunggu-Tunggu Tahun 2024

by Aphit J.
January 14, 2024
Share on Facebook

Hitman Solutions selaku jenama penganjur acara terkemuka tanah air sekali lagi menyajikan hiburan tanpa henti buat halwa telinga penggemar muzik terutamanya peminat muzik rock dalam sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2024 ini.

Mengabungkan 3 Gergasi Band

via Joeprcinternational

Konsert ini menggabungkan tiga (3) gergasi band indie negara di atas satu pentas, konsert yang bakal dipanggil ‘UND3RGROUND’ – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE akan berlangsung pada tarikh 2hb Mac 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Bertempat di The Estate On Federal Hill jam 2 petang, sebuah sidang media eksklusif diadakan bersama rakan-rakan media bagi mewar-warkan rencana konsert yang bakal diadakan oleh Hitman Solutions pada bulan Mac ini.

Selaku salah satu pemain utama penganjuran konsert di Malaysia, Hitman Solutions sentiasa berfikiran ke hadapan demi memenuhi citarasa penggemar muzik tempatan yang dahagakan hiburan langsung secara fizikal dan buat tahun 2024, mereka sudah pun menyediakan satu acara istimewa untuk peminat rock indie di Malaysia.

Berlangsung 3 Jam

via Joeprcinternational

Konsert UND3RGROUND (Underground) direncanakan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan menyanyikan karya-karya klasik mereka.

Istimewanya pada hari pelancaran, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10-meter dijadikan ikon promosi konsert UND3RGROUND, yang akan diiktirafkan sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

Topik Berkaitan "Di Sebalik" Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

Nama-nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang, jadi mereka ingin raikan setiap perjalanan karier penyanyi melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian kumpulan muzik ini dalam industri muzik.

Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Tiket Sudah Mula Dijual

via Joeprcinternational

Bermain peranan penting dalam mewujudkan acara sebesar ini, UND3RGROUND disokong oleh beberapa pihak seperti Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool101 FM, dan Eight FM (Rakan Radio Rasmi), dan Lobak Merah dan Good Foodie Media (Rakan Media Rasmi), serta Sunway Lagoon (Lokasi Rasmi).

Tiket konsert boleh diperolehi dalam 5 kategori berbeza, Rockzone – Early Bird (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone – Phase 2 (RM249), Mosh Tix (RM299) serta Vibers Pit (RM499), dan penjualan bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

Pembelian tiket konsert boleh dilakukan mulai 11hb Januari 2024, jam 2 petang di www.hitmanlive.com, jadi dapatkan tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE dengan segera!

Sebarang pertanyaan berkenaan konsert boleh hubungi +6012-2655783 atau info@hitman.group

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bunkfaceBUTTERFINGERSHUJAN
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara